id=khairul4189">

Monday, February 14, 2011

Yasmin Hani Sudah Berkahwin, Ye ker?


Kredit twitter Yasmin Hani.
Aha Ha Ha. Yasmin Hani diterjah dengan pelbagai soalan gara-gara sebuah akhbar telah tersilap cetak status hubungannya sebagai sudah berkahwin. Semuanya pelik, sejak bila Yasmin Hani berkahwin?
Sebentar tadi, pelakon Yasmin Hani telah membuat pengumuman pendek di Twitter dengan ayat berbunyi, “Ayooooh! I belum kahwin la. Jangan percaya paper! Ok bye.”
Biasa’lah, kesilapan ketika artikel ditulis memang selalu berlaku. Mungkin, orang di luar sana akan mula ingat kembali identiti Yasmin Hani. Iya’lah kan, sudah lama senyap apa salahnya kalau ada yang mengusik. Eceh!
Terdengar juga cerita, Yasmin Hani dikatakan sedang mabuk bercinta dengan Shahrin, bekas drummer kumpulan Blackrose. Kata rakan media rotikaya, percintaan mereka bukan main-main kerana mereka pernah bercuti bersama ke sebuah pulang peranginan di Thailand.
Percutian mereka ke sana bukan berdua-duaan, sebaliknya ditemani beberapa rakan rapat yang lain. Oh ya, Shahrin merupakan bekas suami kepada pelakon Ida Nerina & mereka bercerai pada Disember 2010 yang lepas.
Adakah Shahrin merupakan jejaka yang diperkatakan oleh Yasmin Hani kepada sebuah akhbar? Kata Yasmin, jejaka tersebut merupakan seorang duda & terlibat dalam industri hiburan. Hurmm!
Sumber OHBULAN

No comments:

Post a Comment