id=khairul4189">

Sunday, February 27, 2011

Perut siapakah itu?

perut aishah sinclair

Perut yang bertulis “No HIV Inside” ini adalah milik Aishah Sinclair. Gambar ini diambil semasa Aishah sedang mengandung bersempena dengan kempen AIDSAware. Sangat kreatif idea daripada Aishah Sinclair. Kami kagum dan respek dengan apa yang sanggup dilakukan untuk memberi kesedaran orang ramai.
Tapi itu masa perut Aishah Sinclair sedang mengandung, sekarang ini dah macam mana pulak?

perut aishah sinclair

Amik kau slim gila beb! Macam anak dara umur 18 tahun. Memang awesome gila. Hebat dan cepat sungguh proses pengurusan berlaku kembali kepada Aishah Sinclair. Respek dan tabik spring. Confirm laki tak cari lain.

perut aishah sinclair

Kalau rasa nak tengok gambar artis-artis lain di kempen AIDSAware ini, sila pergi ke blog RunWitMe ye. Ada Jojo Struys, Yasmin Hani dan ramai lagilah.

Hot...Daphne Iking masuk ISLAM

daphne iking masuk islam

Terima kasih kepada Jejai dan Redmummy yang telah mengesahkan berita gembira Daphne Iking memeluk Islam. Mereka berdua dengan gaya paparazi terlatih telah bertanyakan keconfirman cerita ini kepada Daphne Iking directly semasa event ABUSE semalam. Anda berdua memang layak jadi paparazi terhebat Malaysia!!!

daphne iking masuk islam

Dan satu lagi berita yang telah disahkan ialah Daphne Iking sudah pun berkahwin dengan seorang lelaki Melayu. Semalam Daphne Iking hadir bersama suaminya ke event ABUSE. Identiti suaminya masih tidak dapat dikenal pasti. Tapi gambar lelaki di atas dan di bawah ialah suami Daphne Iking.

daphne iking masuk islam

Tahniah kepada Daphne atas perkahwinan dan selamat datang ke keluarga Islam. Semoga segalanya dipermudahkan.

daphne iking masuk islam

Nama Islam Daphne Iking ialah Dahlia Eleanor Iking. Khabarnya suami Daphne ialah ialah Azmi (Joe), bekas Managing Director untuk Redberry Group.

Sumber Beautifulnara

Bob tak nak berdosa, katanya

Bob tak nak berdosa, katanya


TAK ada angin tak ada ribut, pelawak terkenal Bob Lokman akhirnya menyertai parti pembangkang. Borang keahlian sudahpun diserah kepada Menteri Besar Kedah baru-baru ini.

Joyah tak mahu komen soal parti politik kanan mahupun kiri. Sebab dunia hiburan ni pun banyak sangat politiknya, kalah parti politik sebenarnya.
Yang paling Joyah terkesan apabila Bob kata dia mahu memilih watak yang tak mendatangkan dosa bila dia dah mati nanti.

Selain itu Bob juga berkata tujuan utama dia masuk parti pembangkang sebab anaknya mempunyai masalah dalam sistem kehidupan termasuklah sistem persekolahan dan pergaulan dalam masyarakat sekarang ini.

Sebab bimbang anaknya akan terpengaruh dengan perkara-perkara negatif di luar sana Bob juga baru sedar tanggungjawab pada anak-anak.

"Apa yang berlaku semuanya daripada Allah. Yang penting dalam sisa hidup, saya mahu selamat di dunia dan saya tak akan masuk neraka," kata Bob lagi.

Entahlah Bob, tetapi setahu Joyah, masuk parti mana sekalipun, tak semestinya dijamin ke syurga.
Kalau asyik duduk bergaduh, caci-mencaci, kutuk-mengutuk, susah juga nak dapat pahala, betul tak? Harap Bob tak macam itu dan dia bertemu dengan apa yang dicarinya

Sumber Utusan

Wednesday, February 23, 2011

Fara Fauzana dilamar!!!!

Nak kata mimpi pun tidak, tapi itulah kenyataannya. Pagi tadi, kisah lamaran seorang cikgu terhadap penyampai radio, Fara Fauzana dilakukan secara live di radio. Kisahnya, cikgu tersebut pada mulanya hanya berani menghantar lamaran kepada Fara Fauzana secara SMS. Tapi biasalah, FBI & AG sengaja nak bergurau dengan Fara Fauzana, jadi mereka call balik cikgu tu minta dia lamar Fafau betul-betul.
Cikgu yang bernama Ermy itu menjadi topik perbualan hangat hari ini apabila keberaniannya dilihat sebagai sangat sweet oleh pendengar-pendengar wanita. Ada yang sanggup mencari FB cikgu tersebut, mungkin melamar kot. Kami sudah lihat gambar Cikgu Ermy, orangnya boleh tahan hensem. Tapi kami tidak pasti sama ada dia masih bujang atau tidak.


Rasanya, bukan sekali Fara Fauzana diusik macam ini. Tak lama dulu, penyampai radio HotFm pernah kenenkan Fafau dengan seorang lelaki bernama Jaafar. Dengar cerita, mereka siap keluar breakfast bersama. Namun tidak pula mereka berdua jatuh cinta, mungkin berkawan je kot.
Adakah Fara Fauzana akan menerima lamaran Cikgu Ermy? Dengar cerita, Fara Fauzana agak memilih orangnya, suka yang Chinese look.

Hot!!!....Siti Sarah & Shuib Cuba Pakai Baju Nikah.



Yay, fitting day! Semalam, penyanyi lagu Kesetiaan Siti Sarah Raisuddin & Shuib hadir ke butik Hatta Dolmat Couture untuk mencuba busana pernikahan yang akan mereka pakai pada 26 Februari ini.
Kedua-dua bakal pasangan suami isteri ini turut ditemubual oleh team Nona yang menjengah mereka ketika sesi fitting berlangsung. Tiada maklumat lanjut, apa pun kita ucapkan selamat pengantin baru kepada Siti Sarah & Shuib. Enjoice gambar selepas ini.

Siti Sarah & Shuib Nikah

Siti Sarah & Shuib Nikah

Siti Sarah & Shuib Nikah

Siti Sarah & Shuib Nikah

Saturday, February 19, 2011

Hot!!! Marron 5 di Malaysia, biler....


Kenapa bulan April dipilih oleh penganjur Bruno Mars, Justin Bieber & Maroon 5 untuk mengadakan konsert ye? U guys have any ideas? Tapi okay juga, andai kata konsert Bruno Mars dibatalkan, anda masih boleh layan Maroon 5. Oh, I’m in misery…
Kami dimaklumkan bahawa Maroon 5 akan menuju ke Malaysia April ini untuk jelajah promosi album ketiga berjudul, “Hands All Over” yang dilancarkan pada September 2010. Vokalis Adam Levine & sekutunya akan menghiburkan peminat mereka pada 29 April 2011 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil.
Nampaknya pemenang 3 kali anugerah Grammy Awards ini amat rancak meluaskan empayar peminatnya di kawasan Asia. Maroon 5 juga akan mengadakan konsert di 4 negara Asia Tenggara termasuk Thailand, Singapore, Filipina & Indonesia.
Tiket-tiket boleh didapati pada harga permulaan RM115, RM185, RM255, RM355, RM485 diTicketPro dan PR Worldwide.
Sumber Ohbulan

Produser New York Terpukau Dengan Yuna!


Bukan mudah untuk seorang penyanyi Asia, terutamanya Malaysia memukau produser label New York. Namun, Yuna akhirnya berjaya memecahkan tembok pemisah tersebut apabila dia mendapat pujian daripada Russell Simmons, seorang ahli perniagaan, pemilik syarikat label hip hop Def Jam, dan perintis jenama pakaian Phat Farm, Argyleculture, dan American Classics. Russell Simmons, memiliki lebih 600 ribu followers mempunyai nilai harta sekitar $USD 340 juta, merupakan pendokong muzik hip hop ketiga yang terkaya di sana.
Yuna, memberikan kunjungan khas di pejabat Russell Simmons dan memukau pemilik syarikat label Def Jam dengan lagu-lagu nyanyiannya. Russell Simmons berkata di twitter, ‘an amazing new singer @yunamusic just came by my office & blessed me w/ her music – follow her, her music is incredible!’
Ironi, orang luar lebih menghargai muzik Yuna. Ehem, teringat pula kisah AJL 25 yang lepas. Trauma beb!
Mungkin, satu hari nanti Yuna berjaya mencipta nama di sana & mengharumkan nama negara. Nanti jangan lupa pada kami ye Yuna! We love you!

Sumber Ohbulan

Thursday, February 17, 2011

Hot...gambar reunion AF8

Hot....inilah gambar reunion AF8 yang berlangsung di Intai-Intai Cafe. Dari wajah masing-masing, jelas ketara betapa gembiranya dapat bertemu semula....semoga para pelajar AF8 terus maju dalam bidang masing-masing....chaiyok chaiyok

Reunion AF8

Reunion AF8

gambar di Reunion AF8

Reunion AF8

pic Reunion AF8


Reunion AF8

gambar bekas pelajar af8

pelajar af8 di Reunion AF8

Reunion AF8

gambar Reunion AF8

pelajar af di Reunion AF8

bekas pelajar af8

Reunion AF8

Reunion AF8

Reunion AF8

Reunion AF8

Reunion AF8

Wednesday, February 16, 2011

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH’ GAMATKAN MALAM BERSAMA BINTANG FINAS

Berita: Rafiuddin Abdul Rahman
Foto: Rafiuddin Abdul Rahman, Zahara Jaferi & Nurul Nadia (Pelajar Praktikal SEGi Kolej)
14 Januari 2011 – Siri Program Merakyatkan Filem menerusi penganjuran Malam Bersama Bintang buat kali ke-13 kini tiba kembali pada tahun 2011. Permulaan untuk tahun ini dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat dan Unit Audit Dalam yang bertemakan ‘Pop Leleh’. Kira – kira lebih 900 pengunjung menghadiri program itu yang diadakan di Dataran Karyawan FINAS pada pukul 8 malam.
Persembahan dimulakan dengan nyanyian Band FINAS menerusi lagu ‘Cinta Sempurna’, ‘Kalau Berpacaran’ dan ‘I’m Yours’. Penyanyi terkenal, Dato’ David Arumugam (Allycats) menyampaikan beberapa buah lagu popular antaranya, ‘Sampaikan Salam Cintaku’, ‘Hingga Akhir Nanti’ dan lagu hit beliau ‘Andai Aku Pergi Dulu’ mendapat sorakan dan tepukan gemuruh dari pengunjung yang hadir.
Pengacara pada malam itu, Sharifah Shahirah mengumumkan persembahan seterusnya menjemput penyanyi Zamani Slam menyampaikan empat buah lagu antaranya ‘Nur Kasih’, ‘Kembali Terjalin’, ‘Syair Si Pari-Pari’ dan ‘Gerimis Mengundang’. Sebelum acara kemuncak iaitu tayangan filem seram komedi ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, sesi promosi filem ‘Khurafat’ diadakan kepada pengunjung. Antara artis yang hadir semasa sesi promosi ialah pelakon utama dan juga Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22, Liyana Jasmay dan Sabrina Ali selain sempat beramah mesra bersama pengunjung.
Acara lebih menarik semasa cabutan bertuah diumumkan apabila Shahirah mengumumkan hadiah bertuah berada di bawah tempat duduk pengunjung. Lebih meriah dan menggamatkan suasana dengan kehadiran pengunjung yang padat tayangan ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ dipertontonkan.
Buat pertama kalinya Kelab pemilik Grand Livina Malaysia dijemput untuk memeriahkan lagi acara dan lebih 100 ahli Kelab Pemilik Grand Livina hadir bersama ahli keluarga masing-masing. Ada antara ahlinya datang dari Kedah, Terengganu, Pahang dan sekitar Lembah Klang selain Kelab YOB4EVER dari Perak dan Kelab Toyota Avanza.
Hadir sama pada program Malam Bersama Bintang ialah Ketua Pengarah FINAS, Mohd Mahyidin Mustakim, Pengarah Filem ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, Mamat Khalid, Pihak Media, Harun Salim Bachik, Presiden SENIMAN, Ahmad Ibrahim (Mat London), Presiden FDAM, Datuk M. Daud Wahid (Presiden PAPITA), dan Yusof Kelana (PTVM).
Malam Bersama Bintang (MBB) kali ini turut ditaja oleh Bezzy Creative Sdn. Bhd, Pujangga Kreatif Sdn. Bhd. Ariecorp Sdn. Bhd. Dan I-Insan Multimedia Sdn. Bhd. MBB merupakan program bulanan FINAS yang diadakan pada setiap Jumaat minggu kedua.

Sidang Media Hari Terbuka FINAS 2011

Foto: Rafiuddin Abdul Rahman
8 Februari 2011 - "Citra membawa maksud "Wajah". Filem dilihat sebagai cermin atau jendela kehidupan masyarakat Malaysia. Filem adalah medium yang berpengaruh dalam membentuk sebuah negara bangsa. Ia selaras dengan Gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"; "Itulah tema kali ini, "Filem Citra 1Malaysia" Timbalan Ketua Pengarah FINAS (Operasi), Mohd Zulkifli Ab. Wahab pada sidang media Hari Terbuka FINAS 2011 yang telah berlangsung di Dewan Samad Idris. Edisi ketiga Hari Tebuka FINAS 2011 diadakan pada 12 dan 13 Februari ini pada jam 9 pagi - 11 malam (Sabtu) dan 9 pagi - 6 petang (Ahad).
Pada tahun lepas, Hari Terbuka FINAS (HTF) berjaya menarik kira-kira 6,000 pengunjung dan tahun sebelumnya diadakan buat kali pertama pada 31 Januari hingga 2 Februari 2009 sempena perasmian Studio Digital Mix Stage. Objektif penubuhan HTF ialah mendekatkan hubungan Perbadanan dengan para pelanggan khususnya pengamal atau penglibatan industri perfileman, memberi penjelasan dan kefahaman yang lebih jelas kepada masyarakat berkaitan peranan dan tanggungjawab FINAS dalam memajukan industri filem negara dan menyemai dan membentuk komuniti filem Malaysia untuk jangka masa panjang.
Antara pengisian sempena di HTF antaranya, Sesi Bergambar Bersama Artis, Sesi UjiBakat Lakonan, Pameranf & Demontrasi Peralatan Perfileman, Tayangan Filem Cereka, Dokumentari & Filem Pendek, Taklimat Dana Industri Kreatif, Lawatan Berpandu Kemudahan FINAS, Uji Bakat Pembaca Berita, Gerai Jualan, Sesi Interaktif & Pertandingan Karaoke Lagu-lagu Filem dan FINAS Bertemu Pelanggan.
Hadir sama pada sidang media ialah Timbalan Ketua Pengarah FINAS (Pembangunan), Hajah Fatimah Ahmad, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Mohd Khalid Maulod dan Penolong Pengarah Komunikasi Korporat, Mohd Fazli Mohd Aziz. Selain itu beberapa wakil rakan artis ialah Jehan Miskin, Radhi Khalid, Ellie Suriati dan Khatijah Tan. Tidak ketinggalan wakil dari media cetak dan media elektronik.

Sumber FINAS

Tajaan ditarik?Siapa?Mengapa?


Kami dengar cerita, sebuah band popular telah menyentapkan hati penaja mereka sehingga menyebabkan segala perancangan tajaan telah ditarik semula oleh syarikat tersebut.
Band popular ini telah dijadikan ikon untuk menarik minat orang muda supaya menggunakan perkhidmatan mereka. Jadi, bukan sedikit tajaan yang mereka terima kerana pihak syarikat sudah menyediakan bas untuk memudahkan band tersebut melakukan siri jelajah mereka di seluruh Malaysia.
Daripada apa yang kami dengar, penaja merajuk dengan band tersebut kerana mereka tidak menurut syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Band tersebut tidak memakai baju yang mempunyai logo syarikat tersebut ketika membuat persembahan bagi sebuah pertandingan lagu berprestij.
Tapi, kami rasa masalah ini amat kecil sebenarnya. Sepatutnya, pihak penaja kena’lah bagi muka sikit kepada band tersebut. Kalau betul nak gunakan band tersebut sebagai medium pengiklanan, sepatutnya beli airtime di televisyen. Pendapat kami, seharusnya pihak penaja & band tersebut duduk di meja semula dan bincangkan apa yang patut.
Setakat ini, kami tidak nampak sebarang aktiviti pemasaran, pengiklanan yang dijalankan oleh syarikat tersebut. So, nak tanya, confirm ditarik semula ke?
Sumber Ohbulan

Kalau Berpacaran


Sohaimi Mior Hassan


KEHADIRAN penyanyi evergreen,Sohaimi Mior Hassan di majlis perasmian Kempen Kami PrihatinProgram Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Mantin, Negeri Sembilan hari ini, ternyata akan memeriahkan suasana apabila Sohaimi menyampaikan lagu popularnyaKalau Berpacaran.
Kemunculan Sohaimi berduet dengan Heliza Helmi (penyanyi asalnya, Ana Raffali) mendendangkan lagu yang sarat dengan mesej dan pengajaran untuk golongan muda khususnya remaja itu bukan sekadar hiburankosong.
Sebaliknya, lagu tersebut terkandung mesej positif untuk difikir dan dinilai oleh para pelatih PLKN yang rata-ratanya terdiri daripada golongan remaja.
Selain Sohaimi, Kempen Kami Prihatin yang akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut diserikan dengan persembahan Aizat & The Band.
Menurut Sohaimi, beliau menghasilkan lagu dan lirik Kalau Berpacaran, khas untuk tiga orang anak perempuannya dan golongan remaja amnya.
"Lagu itu ada mesej yang ingin saya sampaikan kepada kumpulan sasar iaitu remaja di luar sana. Liriknya bukan sekadar satu pesanan dan nasihat tetapi juga mengingatkan remaja supaya sentiasa menjaga adab dan sopan," katanya ketika dihubungi Hits baru-baru ini.
Beliau berkata, sekiranya ada yang berpandangan lagu tersebut adalah sebuah lagu penyelamat remaja, beliau tidak menafikannnya bahkan merasa bangga kerana lagu itu dapatditerima pendengar.
"Ketika mencipta melodi dan lirik Kalau Berpacaran, ia bukan ditulis secara sembrono. Tetapi dengan niat mendidik golongan muda supaya sentiasa mendukung nilai dan adab sopan supaya tidak menconteng arang di muka keluarga," kata Sohaimi yang gembira dapat hadir di majlis perasmian Kempen Kami Prihatin di Kem PLKN Sri Perkasa, Mantin, Negeri Sembilan.
Kempen tersebut yang dianjurkan oleh pihak kementerian dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia, Astro dan Karyawan.
Sementara itu, Ketua Unit Komunikasi Korporat KPWKM, Alice Suriati Mazlan berkata, selain lagu tema Harapan Tanpa Suara, Kalau Berpacaran nyanyian Sohaimi dan Heliza dipilih sempena Kempen Kami Prihatin PLKN kerana ia amat dekat di jiwa remaja.
"Lagu itu secara tidak langsung dapat membentuk sikap positif dalam aspek kesihatan reproduktif dan sosial di kalangan remaja.
"Lagu tersebut sarat dengan pengajaran kerana ia dilihat dapat membentuk golongan remaja supaya berakhlak, bertanggung jawab dan mampu mengukuhkan jati diri.
"Menerusi Kempen Kami Prihatin kita mahu memberitahu golongan muda tentang masalah anak yang tidak sah taraf, di samping menerangkan kepada golongan remaja mengapa gejala sosial seperti ini boleh timbul," katanya.

Perspektif baru riwayat hidup Sudirman



GERARD Benedict (kiri), Mohd. Muhyidin Mustakim (tiga dari kiri) dan Louis Boswell (dua dari kiri) bersama-sama tetamu jemputan khas pada majlis pelancaran dan prebiu dokumentari Sudirman Arshad di The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KEDATANGAN bulan Februari sememangnya merupakan bulan yang signifikan dalam direktorihiburan tanah air. Atau lebih tepat lagi, tarikh 22 Februari 1992 itu sendiri telah meninggalkan kesan yang cukup besar dalam sebahagian daripada hidup kita sebagai rakyat Malaysia.

Tarikh itu merupakan detik yang pastinya tidak mampu dilupakan oleh kita semua apabila seniman berjiwa besar, Datuk Sudirman Arshad pergi meninggalkan kita untuk menunaikan janjinya kepada Allah SWT.
Seluruh dunia seni serta-merta menjadi sepi seketika sebaik sahaja berita kematian penghibur kesayangan ramai itu diumumkan.

Tuesday, February 15, 2011

Poster Ratu janggal tanpa muka Eina




EINA pencetus kontroversi filem Ratu The Movie.


FILEM Ratu The Movie yang menampilkan 10 aktres pasti kelihatan janggal apabila poster untuk mempromosikan filem yang bakal menemui penonton di pawagam pada Mac ini hanya menampilkan sembilan wajah pelakon utamanya sahaja.
Sedangkan filem arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen yang bertunjangkan kisah peserta pertandingan ratu cantik itu dibarisi 10 pelakon wanita.
Malah mereka juga sebelum ini tidak pernah tampil dalam mana-mana filem.
Kesemua 10 pelakon muka baru yang tampil dalam filem Ratu The Movie dengan kos RM1.5 juta termasuk promosi, terdiri daripada Tryambikay Vendages Nair (Bkay), Hilyah Amirah Ismail (Elya), Arizan (Izan), Farahzilah Abd. Rahman (Farah), Norfarahin Mohd. Roslan (Farahin), Shuhaila Sidik Mohamed (Sue), Fazreen Syazlyn Mohd. Adzhar (Syazlyn), Norjazillah Abd. Rashid (Jazzy), Natasha Sheila (Tasha) dan Ainur Shakina Azman (Eina).
Hits difahamkan, kemelut tercetus sebaik sahaja tamat penggambaran filem terbitan Wayang Studio International (WSI) itu.
Semuanya gara-gara salah seorang daripada pelakon utamanya, Eina, membuat dakwaan yang mengaitkan produser filem tersebut, A. Latiff Mohaideen dengan seorang pelakon, Bkay Nair.
Eina mendakwa kononnya Latiff menjalin hubungan istimewa dengan Bkay berdasarkan selepas tamat penggambaran, Bkay ditawarkan untuk bekerja dalam produksi WSI.
Ekoran itu, Latiff berang dan bertindak mengeluarkan muka Eina dalam poster filem Ratu The Movie.
Dakwaan Eina yang dianggap sebagai tidak berasas itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Latiff.
Rentetan daripada isu panas yang didedahkan dengan berani itu, Eina yang berusia 16 tahun mengambil keputusan keluar daripada WSI.
"Bagi saya, tindakan Eina membuat tohmahan ke atas saya merupakan satu tamparan hebatkepada seluruh warga kerja Ratu The Movie.
"Ini kerana, tak semena-mena, dia telah mencetuskan satu kontroversi sedangkan kita dulu pernah bekerjasama dengan aktres terkenal dan punya nama besar seperti Erra Fazira dan Ning Baizura. Tetapi tidak timbul pun sebarang masalah," kata Latiff.
Ibarat diberi susu dibalas tuba, Latiff menuntut kenyataan maaf secara terbuka daripada Eina.
Latiff yang kesal dengan kemelut yang melanda produksi filem tersebut berkata, pihaknya tidak mampu untuk berbuat sebarang perubahan terhadap filem yang ke-27 arahan Razak kerana isu panas itu berbangkit selepas siap penggambaran.
"Cuma apa yang boleh kami lakukan keluarkan wajah Eina daripada poster filem," katanya.
Latiff bagaimanapun optimis isu panas yang melanda produksi filemtersebut tidak akan menjejaskan tarikan penonton ke pawagam.

Sumber Utusan

Gaya pasangan romantis Hollywood


SELALUNYA Will Smith akan hadir berdua bersama isterinya, Jada Pinkett (kiri) tetapi tahun ini mereka hadir bersama anak perempuan mereka, Willow.


MEMANG tidak dinafikan, setiap kali berlangsungnya majlis anugerah berprestij di Hollywood, ia merupakan sebuah keraian yang akan mengumpulkan semua karyawan mereka.
Tidak kira sama ada majlis itu meraikan karyawan filem, muzik mahupun televisyen, kelibat artis Hollywood pasti akan kelihatan di setiap majlis tersebut.Setiap seorang daripada mereka akan hadir memberikan sokongan sekali gus membuktikan mereka tidak bersikap prejudis dalam memperjuangkan bidang hiburan yang diceburi.Begitu juga dengan Anugerah Grammy Ke-53 yang baru sahaja berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, malam Ahad lalu (Isnin, waktu Malaysia).
Seperti biasa, karyawan seni Hollywood dari pelbagai lapangan seni telah membanjiri Staples Centre di mana tempatnya majlis pengiktirafan muzik tertinggi Hollywood itu berlangsung.Semuanya hadir pasang badan dengan busana yang menawan dan menarik perhatian setiap mata yang memandang.Untuk itu, Hits menampilkan gaya beberapa pasangan romantis Hollywood yang hadir memeriahkan acara karpet merah Grammy.

Sumber Utusan

Gaya pasangan romantis Hollywood


SELALUNYA Will Smith akan hadir berdua bersama isterinya, Jada Pinkett (kiri) tetapi tahun ini mereka hadir bersama anak perempuan mereka, Willow.


MEMANG tidak dinafikan, setiap kali berlangsungnya majlis anugerah berprestij di Hollywood, ia merupakan sebuah keraian yang akan mengumpulkan semua karyawan mereka.
Tidak kira sama ada majlis itu meraikan karyawan filem, muzik mahupun televisyen, kelibat artis Hollywood pasti akan kelihatan di setiap majlis tersebut.Setiap seorang daripada mereka akan hadir memberikan sokongan sekali gus membuktikan mereka tidak bersikap prejudis dalam memperjuangkan bidang hiburan yang diceburi.Begitu juga dengan Anugerah Grammy Ke-53 yang baru sahaja berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, malam Ahad lalu (Isnin, waktu Malaysia).
Seperti biasa, karyawan seni Hollywood dari pelbagai lapangan seni telah membanjiri Staples Centre di mana tempatnya majlis pengiktirafan muzik tertinggi Hollywood itu berlangsung.Semuanya hadir pasang badan dengan busana yang menawan dan menarik perhatian setiap mata yang memandang.Untuk itu, Hits menampilkan gaya beberapa pasangan romantis Hollywood yang hadir memeriahkan acara karpet merah Grammy.

Sumber Utusan

Kejutan dan kejayaan manis


LIMA trofi Grammy yang dimenangi Lady Antebellum menerusi album Need You Now sudah cukup membuktikan kehebatan mereka.


PADA awalnya, laluan kumpulan trio country, Lady Antebellum memang cukup cerah sementelah memenangi dua kategori utama iaitu Lagu dan Rekod Terbaik menerusi lagu popular mereka,Need You Now pada Anugerah Grammy Ke-53, malam Ahad lalu.
Bukan itu sahaja, kumpulan yang dianggotai oleh Charles Kelley,Hillary Scott dan Dave Haywood itu turut mengungguli genre country dengan tiga trofi menjadi milik mereka termasuk Lagu Country dan Album Country Terbaik bagi lagu serta album mereka yang berjudulNeed You Now.
Dengan keunggulan mereka itu, ramai yang mula meramalkan Lady Antebellum akan mampu merangkul satu lagi kategori utama iaitu Album Terbaik bagi melengkapkan lagi kejayaan mereka sekali gus mencipta rekod baru Grammy.
Malah, sewaktu Barbra Streisand dan Kris Kristofferson bersiap-sedia untuk mengumumkan pemenang bagi Album Terbaik, terpancar jelas di wajah Hillary Scott yang benar-benar mengharapkan gelaran itu menjadi milik kumpulannya.
Namun, sudah menjadi resmi Grammy yang sentiasa penuh dengan kejutan, Lady Antebellum pasrah dengan kekalahan mereka kepada kumpulan Arcade Fire yang dijulang sebagai Album Terbaik yang mempertaruhkan album ketiga mereka, The Suburbs.
Ternyata kejayaan Arcade Fire pada malam itu mengundang kejutan besar kepada semua pihak yang sebelum ini meramalkan penyanyi rap terkenal, Eminem yang akan memenangi Album Terbaik.
Apatah lagi dengan kecemerlangan Eminem yang mendahului senarai pencalonan Grammy kali ini dengan 10 kategori berlandaskan albumnya, Recovery. Tanpa ragu Eminem memang menjadi calon kegemaran tahun ini.
Namun begitu, Eminem tidak pulang dengan tangan kosong apabila dia berjaya memenangi dua kategori iaitu Album Rap dan Persembahan Solo Rap Terbaik.
Seperti mana yang dikatakan tadi, kejutan memang tidak dapat lari daripada mana-mana acara anugerah waima di Hollywood sekali pun.
Semua perlu akur dengan kehendak juri yang sememangnya lebih bijak dan layak menilai dalam menentukan pemenangnya.
Pelbagai persoalan mula dibangkitkan oleh pemerhati dan peminat muzik selepas Arcade Fire memenangi anugerah yang menjadi idaman setiap karyawan muzik itu.
Mereka mula meragui pilihan juri itu memandangkan album The Suburbs hanya dipertandingkan untuk satu kategori sahaja iaitu Album Muzik Alternatif Terbaik.
Itupun Arcade Fire gagal memenanginya apabila tewas kepada kumpulan The Black Keys menerusi album Brothers.
Malah, tiada satu pun lagu dalam album mereka tersenarai dalam dua kategori utama iaitu Rekod dan Lagu Terbaik yang sering kali menjadi petunjuk dan pelengkap kepada sesebuah album itu untuk dinobatkan sebagai Album Terbaik.
Pemilihan album The Suburbs sebagai Album Terbaik dilihat mengulangi sejarah pahit yang pernah tercatat dalam direktori penganjuran Grammy sebelum ini.
Siapa yang dapat lupa sewaktu album Two Against Nature milik Steely Dan memenangi kategori itu dengan menewaskan calon kegemaran iaitu album The Marshall Matters LP oleh Eminem pada tahun 2001.
Begitu juga dengan kejayaan album River: The Joni Letters yang mengalahkan album Back To Black milik Amy Winehouse tiga tahun lalu.
Semuanya kerana kedua-dua album itu bukan sebuah produk yang popular dan diterima secara meluas oleh pencinta muzik secara keseluruhannya.
Malah, penjualan albumnya juga kurang memberangsangkan dan tidak langsung mencecah jualan sekurang-kurangnya satu juta salinan di Amerika Syarikat.
Tetapi, keputusan sudah pun dilakukan. Biarpun pahit untuk ditelan, setidak-tidaknya Grammy telah melakukan satu anjakan baru dalam pemilihan Arcade Fire sebagai pemenang pada malam kelmarin.
Pertamanya, Grammy kini mula mengiktiraf kumpulan muzik bebas dan merasakan mereka wajar untuk diberi pengiktirafan seperti mana artis arus komersialisme yang lain.
Selain itu, kemenangan Arcade Fire sebagai pemenang Album Terbaik juga membuktikan sebuah kumpulan muzik yang album hanya terjual sebanyak 500,000 salinan juga mampu bersaing dengan artis popular lain yang memiliki rekod penjualan album melebihi satu juta.
Itu menandakan produk dan kualiti yang terkandung dalam album mereka menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh para jemaah juri yang menganggotai Akademi Rakaman Seni dan Sains Kebangsaan (NARAS).
Malam Grammy itu juga mengundang sebuah lagi kejutan apabila Esperanza Spalding memenangi kategori Artis Baru Terbaik mengalahkan calon popular, Justin Bieber.
Memang ramai yang melopong mulut dan ternganga apabila nama Spalding diumumkan sebagai pemenang memandangkan namanya kurang popular.
Mempertaruhkan muzik jazz, Spalding juga mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi penyanyi jazz pertama yang diiktiraf sebagai Artis Baru Terbaik.
Kini Spalding boleh berbangga apabila berdiri setanding dengan nama-nama seperti Mariah Carey, Bette Midler, LeAnn Rimes, John Legend, Christina Aguilera, Norah Jones dan Carrie Underwood.
Benar, Bieber merupakan penyanyi yang cukup popular di dunia ketika ini.
Tiada siapa yang mampu menidakkan fenomena yang telah dicetus oleh penyanyi kelahiran Kanada itu.
Tetapi, kita memperkatakan tentang Grammy di sini yang meletakkan nilai kualiti dan estetika pada setiap mana-mana artis mahupun produk untuk dijulang sebagai pemenang.
Masih ingat bagaimana Britney Spears tewas kepada Christina Aguilera pada tahun 2000 untuk Artis Baru Terbaik? Sedangkan ketika itu Spears lebih popular daripada Aguilera yang ternyata memiliki bakat lebih hebat daripada Spears.
Begitu juga ketika Jonas Brothers dicalonkan dalam kategori itu dan ditewaskan oleh penyanyi dari United Kingdom, Adele, dua tahun lalu.
Biarpun gagal menggenggam trofi Album Terbaik, Lady Antebellum terus mencipta sejarah sebagai pemenang terbesar malam itu dengan lima trofi.
Kejayaan mereka itu mengulangi sejarah yang pernah dicatatkan oleh rakan seperjuangannya mereka, kumpulan Dixie Chicks yang memenangi lima trofi Grammy pada tahun 2007.
Memperjuangkan muzik country, Lady Antebellum mengikut jejak penyanyi seperti Taylor Swift yang diterima baik oleh pencinta muzik arus perdana.
"Kami pernah terfikir adakah laluan yang kami pilih ini silap? Tetapi ternyata karya kami diterima dengan cukup positif oleh masyarakat.
"Memenangi Grammy untuk dua kategori utama ini benar-benar mengejutkan kami," ujar Scott mewakili teman-temannya.
Penyanyi dan komposer terkenal, John Legend juga tidak kurang hebatnya apabila mengungguli kategori R&B dengan tiga kemenangan iaitu Album R&B Terbaik bagi albumWake Up!.
Sementara itu dua lagu nyanyiannya iaitu Shine dan Hang On In There pula memenangi Lagu R&B Terbaik dan Persembahan Vokal R&B Tradisional Terbaik.
Selain Legend, genre R&B juga memperlihatkan kehebatan Usher apabila memenangi dua kategori iaitu Persembahan Vokal R&B Terbaik bagi lagu There Goes My Baby dan Album Kontemporari Album Terbaik untuk album Raymond V Raymond.
Untuk edisi kali ini, nama-nama seperti Usher, Justin Bieber, Jaden Smith, Lady Gaga, Bob Dylan, Barbra Streisand, Mick Jagger, Eminem, Dr. Dre, Rihanna dan ramai lagi telah mewarnai pentas Grammy dengan persembahan masing-masing.

Sumber UTUSAN

Cinta baru Lisa Surihani


Lisa mahu mempelopori lebih banyak aktiviti kebajikan yang mendekatkan dirinya dengan masyarakat.


BERGELAR artis bukanlah satu tugas yang mudah bagi si jelita yang mula dikenali menerusi filemI'm Not Single ini kerana hakikatnya, secara tidak langsung dia bertanggungjawab membawa imej bersih kerana sering menjadi perhatian umum.
Gadis yang selesa dengan imej berambut panjang sejak mula menjejakkan kaki ke lantai lakonan lima tahun lalu menerusi dramaCergas dan Ayah Kami itu sehingga kini boleh dikatakan kalis daripada sebarang gosip liar.
Pandai membawa diri dan ke mana sahaja melangkah sering ditemani ibunda tercinta, barangkali menyukarkan pelbagai tanggapan negatif singgah kepada graduan lulusan undang-undang dari Help University College dan Aberystwyth University, Wales, United Kingdom itu.
Menyedari peranan selebriti sepertinya cukup besar dan mampu mendatangkan impak besar di kalangan generasi muda, heroin filem Lagenda Budak Setan itu kini berazam mendekatkan diri dalam mempelopori pelbagai acara amal.
Sebagai langkah permulaan, gadis yang bakal menginjak usia 25 tahun pada 23 Mac itu tidak lama lagi bakal terlibat dalam acara walkathon amal, Walk For Children: 1Malaysia Goes Green dalam membantu mengumpul dana buat kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Acara yang mensasarkan jumlah penyertaan seramai 2,000 peserta itu dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 13 Mac ini pukul 8 pagi.
Tanpa disedari, niat murninya memberi pulangan berganda apabila dalam masa yang sama dia turut dilantik sebagai duta dan jurucakap bagi acara tersebut.
Gembira, teruja dan bersemangat antara terjemahan rasa yang berbaur dalam sanubari penyandang anugerah Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22 itu.
Apatah lagi, dalam berkira-kira menyertai pelbagai acara amal sebagai salah satu azam tahun baru 2011, rezeki buatnya datang bergolek.
"Syukur, apabila ditawarkan sebagai duta dan jurucakap untuk acara sebegini saya memang teruja dan rela hati untuk menyumbangkan tenaga bersama.
"Saya sudah pergi membuat lawatan ke Shelter Home dan Rumah Kasih Sayang pada 21 Disember lalu dan setelah melihat sendiri keadaan kanak-kanak di sana saya rasa terpanggil untuk membantu," kata Lisa Surihani yang dilantik sebagai duta dan jurucakap walkathon amal itu sejak dua bulan lalu.
Shelter Home, Petaling Jaya dan Rumah Kasih Sayang yang terletak di Rawang, Selangor adalah dua rumah kebajikan yang bakal menerima bantuan dan sebanyak RM150,000 daripada kutipan dana disasarkan pada acara tersebut.

Sumber Utusan