Sebelum ini, banyak rungutan yang Mangga dengar daripada sesetengah artis baru, yang terkilan kerana lagu mereka tidak dimainkan oleh stesen radio walaupun sudah berkali-kali mereka datang ke stesen radio itu untuk tujuan promosi.
Berlainan kisahnya dengan penyanyi Otai seorang ni, menurut sumber Mangga di bahagian Radio Kerajaan, katanya penyanyi, Hattan terlalu sombong dan tidak menghargai apa yang telah di buat oleh stesen radio mereka selama ini.
Menurut kata teman Mangga, Hattan dengan sinisnya mentertawakan mereka apabila diundang untuk mengadakan persembahan di satu majlis anjuran pihak radio itu, dan lebih menyakitkan hati, Hattan juga turut mengeluarkan kata-kata kasar, dan memerli bayaran yang ditawarkan oleh pihak radio itu.
Katanya,Hattan dengan ketawa sinis menolak undangan mereka, dan berkata, "Setakat bayaran yang kau bagi ni, aku boleh dapat berlipat kali ganda dekat luar sana,"
Memang agak mengejutkan,sia-sia sahaja mereka membantu Hattan mempromosikan lagu-lagunya di radio, sedangkan Hattan langsung tidak menghargainya.
Tidak dinafikan, bayaran yang diberikan oleh pihak radio itu bukanlah satu jumlah yang besar jika dibandingkan dengan bayaran yang bakal diterima Hattan sekiranya mengambil show dari syarikat luar, tetapi memandangkan hubungan antara penyanyi dan stesen radio yang saling memerlukan, rasanya tidak salah jika Hattan menerima undangan itu dengan bayaran yang agak murah, dan sudah tentu stesen radio itu akan lebih mempromosikan lagu-lagu Hattan selepas ini.
Pada Mangga, sebagai artis senior sepatutnya Hattan lebih matang menangani masalah ini, jika benar dia tidak mahu bekerjasama, tidak salah jika Hattan menolaknya secara baik, dan bukannya dengan kata-kata cacian seperti ini.
ManggaMuda: Tak mahu dikatakan sombong, kerana ManggaMuda memang tak pernah sombong.
Sebelum ini, banyak rungutan yang Mangga Muda dengar daripada sesetengah artis baru yang terkilan lagu mereka tidak dimainkan oleh stesen radio walaupun sudah berkali-kali mereka datang ke stesen radio itu untuk tujuan promosi.
Berlainan kisahnya dengan penyanyi otai seorang ni, Hattan. Menurut sumber Mangga Muda di sebuah stesen radio kerajaan, katanya Hattan macam sombong dan tidak menghargai apa yang telah dibuat oleh stesen radio mereka selama ini.
Menurut kata teman Mangga Muda, Hattan dengan sinisnya mentertawakan mereka apabila diundang untuk mengadakan persembahan di satu majlis anjuran pihak radio itu. Lebih menyakitkan hati, Hattan juga turut mengeluarkan kata-kata kasar dan memperli bayaran yang ditawarkan oleh pihak radio itu.
Katanya, Hattan dengan ketawa sinis menolak undangan mereka, dan berkata "Setakat bayaran yang kau bagi ni, aku boleh dapat berlipat kali ganda dekat luar sana."
Itu rungutan mereka. Tak tahulah sama ada ia benar atau tidak. Mangga Muda tak nak mengiyakannya kerana tak dengar daripada mulut tuannya sendiri. Manalah tahu kut-kut Hattan hanya berlawak dan dipandang serius oleh orang radio itu.
Kalau benar... memang agak mengejutkan. Sia-sia sahaja mereka membantu penyanyi mempromosikan lagu-lagunya di radio, sedangkan bila tiba masa minta kerjasama, langsung tidak menghargainya. Tapi Hattan mungkin ada alasannya yang tersendiri.
Tidak dinafikan, bayaran yang diberikan oleh pihak radio itu bukanlah satu jumlah yang besar jika dibandingkan dengan bayaran yang bakal diterima seseorang artis sekiranya menerima showdaripada syarikat luar.
Tetapi memandangkan hubungan antara penyanyi dan stesen radio yang saling memerlukan, rasanya tidak salah jika artis menerima undangan itu dengan bayaran yang agak murah dan sudah tentu stesen radio itu akan lebih mempromosikan lagu-lagu mereka selepas ini.
Pada Mangga Muda, seorang artis sepatutnya lebih matang menangani masalah ini, jika benar dia tidak mahu bekerjasama, tidak salah menolaknya secara baik dan bukannya dengan kata-kata kasar. Kesannya, pasti stesen radio itu liat mahu memainkan lagu-lagu penyanyi yang payah beri kerjasama kepada mereka.
Sumber MURai
No comments:
Post a Comment