id=khairul4189">

Tuesday, February 15, 2011

Poster Ratu janggal tanpa muka Eina




EINA pencetus kontroversi filem Ratu The Movie.


FILEM Ratu The Movie yang menampilkan 10 aktres pasti kelihatan janggal apabila poster untuk mempromosikan filem yang bakal menemui penonton di pawagam pada Mac ini hanya menampilkan sembilan wajah pelakon utamanya sahaja.
Sedangkan filem arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen yang bertunjangkan kisah peserta pertandingan ratu cantik itu dibarisi 10 pelakon wanita.
Malah mereka juga sebelum ini tidak pernah tampil dalam mana-mana filem.
Kesemua 10 pelakon muka baru yang tampil dalam filem Ratu The Movie dengan kos RM1.5 juta termasuk promosi, terdiri daripada Tryambikay Vendages Nair (Bkay), Hilyah Amirah Ismail (Elya), Arizan (Izan), Farahzilah Abd. Rahman (Farah), Norfarahin Mohd. Roslan (Farahin), Shuhaila Sidik Mohamed (Sue), Fazreen Syazlyn Mohd. Adzhar (Syazlyn), Norjazillah Abd. Rashid (Jazzy), Natasha Sheila (Tasha) dan Ainur Shakina Azman (Eina).
Hits difahamkan, kemelut tercetus sebaik sahaja tamat penggambaran filem terbitan Wayang Studio International (WSI) itu.
Semuanya gara-gara salah seorang daripada pelakon utamanya, Eina, membuat dakwaan yang mengaitkan produser filem tersebut, A. Latiff Mohaideen dengan seorang pelakon, Bkay Nair.
Eina mendakwa kononnya Latiff menjalin hubungan istimewa dengan Bkay berdasarkan selepas tamat penggambaran, Bkay ditawarkan untuk bekerja dalam produksi WSI.
Ekoran itu, Latiff berang dan bertindak mengeluarkan muka Eina dalam poster filem Ratu The Movie.
Dakwaan Eina yang dianggap sebagai tidak berasas itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Latiff.
Rentetan daripada isu panas yang didedahkan dengan berani itu, Eina yang berusia 16 tahun mengambil keputusan keluar daripada WSI.
"Bagi saya, tindakan Eina membuat tohmahan ke atas saya merupakan satu tamparan hebatkepada seluruh warga kerja Ratu The Movie.
"Ini kerana, tak semena-mena, dia telah mencetuskan satu kontroversi sedangkan kita dulu pernah bekerjasama dengan aktres terkenal dan punya nama besar seperti Erra Fazira dan Ning Baizura. Tetapi tidak timbul pun sebarang masalah," kata Latiff.
Ibarat diberi susu dibalas tuba, Latiff menuntut kenyataan maaf secara terbuka daripada Eina.
Latiff yang kesal dengan kemelut yang melanda produksi filem tersebut berkata, pihaknya tidak mampu untuk berbuat sebarang perubahan terhadap filem yang ke-27 arahan Razak kerana isu panas itu berbangkit selepas siap penggambaran.
"Cuma apa yang boleh kami lakukan keluarkan wajah Eina daripada poster filem," katanya.
Latiff bagaimanapun optimis isu panas yang melanda produksi filemtersebut tidak akan menjejaskan tarikan penonton ke pawagam.

Sumber Utusan

No comments:

Post a Comment