id=khairul4189">

Monday, February 14, 2011

Sein dan Nana berbaik semula....




Baru sebentar tadi, Sein meletakkan status Facebook yang mengandungi mesej mengembirakan buat dirinya. Kemungkinan besar, pasangan juara Sehati Berdansa yang bercerai talak satu pada akhir tahun lepas sudah pun merujuk kembali. Satu perkembangan yang bagus untuk mereka berdua, thumbs up!
Status Sein berbunyi, “I love my wife :) .  Alhamdulillah, jodoh masih dipanjangkan.” Walau bagaimanapun, status tersebut telah dipadamkan seminit kemudian selepas 5-6 orang Like status tersebut. Mungkin, Sein enggan memanjangkan cerita. Namun, sedikit sebanyak, kisah ini dapat menyelamatkan lagi sebuah perkahwinan.
Apa pun, kami doakan semoga Sein & Nana berbaik semula. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Sumber OHBULAN

1 comment: