KL, 7 FEB 2011: Penghujung Januari lalu, kisah perpisahan antara aktres jelita, Fasha Sandha, 27, dan kekasihnya, Jejai nyata mendominasi semua siaran media cetak umum negara kita. Dari majalah, sisipan hiburan akhbar, atau portal-portal hiburan tanah air, semuanya menjadikan isu perpisahan Fasha-Jejai sebagai topik utama masing-masing.
Di sebalik semua ini, Murai Batu lihat masih ada satu persoalan yang masih belum terjawab. Apakah punca perpisahan mereka ini? Ramai juga peminat dan pembenci di luar sana yang tertanya-tanya akan hal ini.
Berdasarkan survey yang dijalankan Murai Batu bersama teman-teman sepenerbangan yang lain, ramai yang menunding jari ke arah bekas isteri Jejai, aktres Nora Danish sebagai penyebab perpisahan Fasha dan bekas suaminya itu.
Jadi, apakah yang menyebabkan pasangan bahagia yang bercinta bagai nak rak ini berpisah? Sedangkan ketika Jejai dan keluarga bercuti ke Jepun baru-baru ini pun mereka masih bercinta, balik saja Jejai ke Tanah Melayu, terus putus!
Setelah merisik dan mem'busy body'kan diri ke sana sini, akhirnya Murai Batu mendapat khabar bahawa perpisahan Fasha dan Jejai adalah hasil campur tangan keluarga kononnya. Keluarga si Jejai yang mempunyai pengaruh besar di negeri Perak, kurang bersetuju dengan perhubungan anak lelaki mereka dengan aktres kontroversi itu.
Jadi, demi menjaga nama baik dan hati keluarga, Jejai terpaksa memutuskan hubungan mereka. Aduh, sudah macam cerita Hindustan ini drama. Percintaan mendapat tentangan keluarga.
Motif lain tentang perpisahan mereka, tidak dapat pula Murai Batu kesan. Cuma ini khabar yang terkuat mengenai perpisahan mereka. Ada logikanya juga sebab Fasha dan Jejai berterusan mengatakan hanya mereka berdua yang tahu punca perpisahan ini. Mungkin kerana campur tangan keluarga jadi masing-masing terasa berat untuk buka mulut.
Apa-apa pun Murai Batu harap kedua-duanya tabah dalam hal ini. Jangan pula ada yang terpengaruh sangat tengok cerita Hindustan terus nak buat yang bukan-bukan. Sabar ye. Bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum (macam terbalik jer....).
Sumber MURAI
No comments:
Post a Comment