Artis Malaysia gosip artis | 28 January, 2011
Menurut Nora Danish, dia amat terkilan apabila dituduh sebagai punca perpisahan Fasha Sandha dengan Jejai sedangkan Nora Danish tidak pernah masuk campur mengenai hubungan mereka.. Tambah Nora Danish lagi, hubungan Fasha Sandha bersama Jejai memang tidak mendapat restu keluarga Jejai sejak dari awal perhubungan mereka lagi.. Dan bukanya kerana hasutan dari Nora Danish..
“Saya memang terkilan bila dituduh sebagai penghasut, sedangkan semua orang tahu siapa bekas keluarga mertua saya. Tuan Seri dan Puan Seri adalah orang yang berpengaruh dan mereka golongan berpendidikan, jadi tidak mungkin saya boleh menghasut mereka dengan benda-benda sebegini.“Dari awal lagi hubungan mereka memang tidak direstui oleh keluarga mertua, jadi jika hari ini mereka putus kerana tiada restu, itu bukan kerana mulut saya yang menghasut. Apa pun yang berlaku, adalah daripada mereka sendiri tanpa meminta sebarang pandangan daripada saya.“Selepas berpisah, antara saya tidak berminat untuk mengetahui tentang hubungan mereka, dan saya selesa membawa diri saya sendiri daripada mencampuri hal percintaan mereka,”luah Nora melalui manggaonline.
Nora Danish juga menekankan yang dia tidak bermaksud untuk menipu mengenai tarikh sebenar perpisahan Fasha Sandha dan Jejai… Nora hanya berkata jujur setelah mengetahuinya daripada mulut Jejai sendiri…
“Saya hanya beritahu media, apa yang telah diberitahu Jejai. Dan saya tidak tahu ianya benar atau pun tidak, itu semua bergantung pada Jejai untuk bercerita benar ataupun tidak.“Jejai yang memberitahu saya dan keluarga sewaktu di Jepun, katanya, dia sudah pun berpisah dengan Fasha sejak dua bulan lepas. Bukan saya yang sengaja meletakkan tempoh itu, jika dia (Fasha) rasa saya membuat kenyataan yang salah, itu bermakna Jejai memberitahu saya fakta yang salah. Saya tidak tahu, itu antara mereka, dan saya harap perkara itu juga tidak dikaitkan dengan saya,”
Info: manggaonline
No comments:
Post a Comment