id=khairul4189">

Wednesday, February 16, 2011

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH’ GAMATKAN MALAM BERSAMA BINTANG FINAS

Berita: Rafiuddin Abdul Rahman
Foto: Rafiuddin Abdul Rahman, Zahara Jaferi & Nurul Nadia (Pelajar Praktikal SEGi Kolej)
14 Januari 2011 – Siri Program Merakyatkan Filem menerusi penganjuran Malam Bersama Bintang buat kali ke-13 kini tiba kembali pada tahun 2011. Permulaan untuk tahun ini dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat dan Unit Audit Dalam yang bertemakan ‘Pop Leleh’. Kira – kira lebih 900 pengunjung menghadiri program itu yang diadakan di Dataran Karyawan FINAS pada pukul 8 malam.
Persembahan dimulakan dengan nyanyian Band FINAS menerusi lagu ‘Cinta Sempurna’, ‘Kalau Berpacaran’ dan ‘I’m Yours’. Penyanyi terkenal, Dato’ David Arumugam (Allycats) menyampaikan beberapa buah lagu popular antaranya, ‘Sampaikan Salam Cintaku’, ‘Hingga Akhir Nanti’ dan lagu hit beliau ‘Andai Aku Pergi Dulu’ mendapat sorakan dan tepukan gemuruh dari pengunjung yang hadir.
Pengacara pada malam itu, Sharifah Shahirah mengumumkan persembahan seterusnya menjemput penyanyi Zamani Slam menyampaikan empat buah lagu antaranya ‘Nur Kasih’, ‘Kembali Terjalin’, ‘Syair Si Pari-Pari’ dan ‘Gerimis Mengundang’. Sebelum acara kemuncak iaitu tayangan filem seram komedi ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, sesi promosi filem ‘Khurafat’ diadakan kepada pengunjung. Antara artis yang hadir semasa sesi promosi ialah pelakon utama dan juga Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22, Liyana Jasmay dan Sabrina Ali selain sempat beramah mesra bersama pengunjung.
Acara lebih menarik semasa cabutan bertuah diumumkan apabila Shahirah mengumumkan hadiah bertuah berada di bawah tempat duduk pengunjung. Lebih meriah dan menggamatkan suasana dengan kehadiran pengunjung yang padat tayangan ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ dipertontonkan.
Buat pertama kalinya Kelab pemilik Grand Livina Malaysia dijemput untuk memeriahkan lagi acara dan lebih 100 ahli Kelab Pemilik Grand Livina hadir bersama ahli keluarga masing-masing. Ada antara ahlinya datang dari Kedah, Terengganu, Pahang dan sekitar Lembah Klang selain Kelab YOB4EVER dari Perak dan Kelab Toyota Avanza.
Hadir sama pada program Malam Bersama Bintang ialah Ketua Pengarah FINAS, Mohd Mahyidin Mustakim, Pengarah Filem ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, Mamat Khalid, Pihak Media, Harun Salim Bachik, Presiden SENIMAN, Ahmad Ibrahim (Mat London), Presiden FDAM, Datuk M. Daud Wahid (Presiden PAPITA), dan Yusof Kelana (PTVM).
Malam Bersama Bintang (MBB) kali ini turut ditaja oleh Bezzy Creative Sdn. Bhd, Pujangga Kreatif Sdn. Bhd. Ariecorp Sdn. Bhd. Dan I-Insan Multimedia Sdn. Bhd. MBB merupakan program bulanan FINAS yang diadakan pada setiap Jumaat minggu kedua.

No comments:

Post a Comment