id=khairul4189">

Sunday, February 13, 2011

Cinta Yasmin Hani & Will Berputik Di Itali

Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 13 FEB 2011: Siapa sangka pertemuan singkat Yasmin Hani dengan jejaka kacak, Will Quah sewaktu bercuti bersama rakannya, Yana Shamsuddin ke Itali telah membuahkan rasa cinta di hatinya.
Malah cintanya tidak hanya bertepuk sebelah tangan kerana Will juga menyimpan perasaan yang sama. Buktinya, selepas Yasmin meninggalkan kota cinta itu untuk pulang ke Malaysia, tanpa disedari Will telah menjejaki dirinya. Dengan kuasa cinta mereka akhirnya bersatu dengan ikatan perkahwinan.
Namun semua itu hanya berlaku dalam filem di Astro Citra saluran 131 berjudul Love, Nora bergenre romantik yang bakal ditayangkan pada tayangan perdananya, jam 10 malam, 13 Februari (hari ini) dan tayangan ulangannya pada 15 Februari dan 26 Februari ini.
Love, Nora yang menerimagarapan daripada pengarah, Wo Ming Jin ini merupakan filem khas dari Astro Citra sempena Hari Kekasih yang bakal disambut pada esok hari, 14 Februari 2011 Menariknya filem ini telah menjalani pengambaran di tempat-tempat yang menarik di Itali seperti di Cortona.
Sementara itu, Yasmin yang memegang watak utama sebagai Nora mengakui pertama kali menjalani pengambaran di Itali telah membuatkan dirinya jatuh hati kepada negara itu walaupun sukar untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan cuaca di sana.
"Satu pengalaman yang sangat menyeronokkan bila berpeluang mengadakan pengambaran di sana. Selain tempatnya yang cantik, saya boleh katakan orang di sana pun sangat peramah dan senang untuk bekerjasama.
"Cuma cabaran saya berada di sana adalah cuacanya. Saya memang seorang yang tidak tahan kepada cuaca yang sejuk. Tambahan pula saya dipaksa untuk makan aiskrim ketika cuaca yang sejuk itu untuk satu babak dalam filem ini," jelanya ketika ditemui oleh murai.com.my.
Tambah Yasmin lagi, wataknya kali ini sangat berbeza daripada kebiasaanya. Malah, dia akui percintaan yang dialamanya kali ini sangat meruntun jiwanya apabila dia akhirnya akan meninggalkan pasangan hidupnya untuk selama-lamanya.
"Saya dan Will sangat rapat dan kami adalah pasangan suami isteri yang sangat romantik dan bahagia. Namun kami terpisah kerana saya menghadapi penyakit barah dan akhirnya pergi menyahut panggilan Ilahi.
"Paling menyedihkan apabila saya melihat sendiri bagaimana saya mati kerana saya dapat rasakan kesedihannya bila saya benar-benar pergi satu hari nanti," katanya lagi.
Pasangan Yasmin, penyampai radio RedFM dan pengacara Breakfast Show, NTV7, Will Quah yang memegang watak Raul juga mengakui tertarik dengan jalan cerita dan skrip Love,Nora dan ia boleh disifatkan sebagai satu faktor utama mengapa dia berminat untuk menerima tawaran berlakon meskipun ianya adalah satu pengalaman yang baru buat dirinya. .
"Sebelum ini saya banyak berlakon teater seperti teater Inggeris, Octopus tetapi untuk berlakon dalam drama atau filem, iniadalah pengalaman saya yang pertama. Ini merupakan satu karier atau perkara yang baru buat saya kerana saya bermula dengan mengacara dan menjayakan model iklan.
"Bercakap mengenai filem ini, ianya tidaklah romantik seperti apa yang berlaku di filem-filem barat yang mana perempuannya kelihatan lebih seksi dan perlu beraksi becumbu-cumbuan. Tetapi kemesraan dan emosi yang kami persembahkan sudah cukup untuk membuat penonton rasa perasaan cinta kami yang mendalam dalam filem ini.
"Saya seronok dan suka berlakon dalam cerita bergnre romantik sebegini tetapi mungkin untuk masa akan datang saya mahu mencuba berlainan watak lain yang mampu mencabar kredibiliti saya sebagai pelakon,"katanya yang mempunyai darah kacukan Australia dan Cina.
Selain Yasmin Hani dan Will Qauh, filem ini juga dibintangi oleh pelakkon lain seperti Yana Shamsuddin, Dian P Ramlee dan ramai lagi.
Love, Nora memaparkan pasangan romantis suami isteri, Raul dan Nora yang ternyata mencintai satu sama lain. Tetapi sejurus kemudian, Nora menyedari dirinya sakit tenat, lalu dia menulis email penuh cinta untuk memenangkan dan menghibur hati suaminya sesaat setelah tiba ajalnya nanti.
Raul tertekan dan seakan tidak mampu meneruskan hidupnya. Tetapi tanpa disangka, Raul mula terima ketibaan kiriman email tercinta dari Nora, Raul mula menampakkan semangat untuk terus menikmati hidup bahagia
Dapatkah Raul bangkit semula dari kesedihan dengan bantuan catatan-catatan dari Nora yang penuh cinta, sokongan dari keluarga, sahabat? Adakah Raul menemui semua keyakinan diri and jatuh cinta kembali? Saksikan kesudahannya di Astro Citra saluran 131 pada tayangan perdananya, 13 Februari 2011, jam 10 malam.

Sumber MURAI

No comments:

Post a Comment