id=khairul4189">

Saturday, February 12, 2011

Orang kita tak patriotik? Isu pengetua AF yang baru

Orang kita tak patriotik?

ISU Pengetua Akademi Fantasia belum diputuskan. Siapa-siapa sahaja boleh duduk di kerusi panas tersebut asalkan layak. Terbaru khabarnya, Astro sudah beri tawaran semula kepada Amy Search sebagai pengetua AF9.
Kalau betul, Joyahlah orang paling gembira sebab ‘perjuangan’ Joyah dan teman-teman ‘menolak’ Ahmad Dhani berjaya. Nampaknya orang kita cukup sensitif bila Astro nak ambil anggota Dewa itu sebelum ini. Dan dalam 100 peratus tu, adalah 2 peratus yang sokong. Alah, kita sendiri tahu manusia jenis yang macam mana yang menyokong tu, orang ‘sana’ jugaklah tu. Kalau orang kita, Joyah percaya mereka tak akan selesa kalau AF ambil orang Indonesia jadi pengetua.
Ada yang kata bila Joyah tak sokong Ahmad Dhani, Joyah bukan terbuka, pemikiran Joyah kolot, tak ke depan. Bagi Joyah, nak kata Joyah kolot pun, katalah. Nak kata Joyah emosi ke, apa ke, lantaklah. Bagi Joyah mesejnya mudah, di sebalik kemasukan Ahmad Dhani, ia menghantar banyak mesej buruk tentang industri kita. Itu yang orang kita kena tengok.
Sebenarnya kita dah terlalu baik untuk bagi orang luar, tiap-tiap tahun datang Malaysia bawa produk baru dan kita beli, walaupun mereka taklah sehebar mana pun.
Kepada orang Astro, Joyah fikir dalam isu ini kita kenalah lebih patriotik. Jangan hanya fikir untung saja, banyak lagi benda lain yang juga kita kena fikir.

No comments:

Post a Comment