id=khairul4189">

Thursday, February 10, 2011

Sharir disabotaj!!!!!

KL, 18 JAN 2011: Rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi. Itulah peribahasa yang Murai Batu rasa paling sesuai dengan Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) yang menyaksikan Ana Raffali memenangi kategori utama. Yelah, sampai sekarang pun, masih ada suara-suara sinis yang tidak puas hati Ana menang. Siap ada yang buat laman anti Ana lagi.
Kasihan Murai Batu tengok Ana. Namun, sabarlah dik non, itulah lumrah dunia dan asam garam bila artis menang anugerah. Yang penting, Murai Batu harap Ana tabah dan terus menghasilkan lagu-lagu menarik seperti lagu Kalau Berpacaran yang sedang hangat dimainkan di corong-corong radio.
Masih bercakap tentang AJL25, Murai Batu ada dengar cerita bahawa ramai yang tidak puas hati dengan persembahan Shahir menerusi lagu Kebahagian Dalam Perpisahan. Siap ada yang cakap, lagu itu berubah jadi tak sedap mendengarnya bila ada selingan lakonan dari aktres cantik, Nasha Aziz.
Selain itu juga, ada menyangka Shahir yang sebelum ini dihambat kontroversi melarikan diri dari orang ramai tidak cukup latihan sehingga terlupa lirik.
Bagaimanapun, Murai Batu dapat tahu, sebenarnya pada malam itu, Shahir langsung tidak lupa lirik. Tetapi sewaktu Shahir tidak menyanyi dan mendiamkan diri, sepatutnya penonton mendengar suara sekumpulan koir yang menyanyikan bait tersebut.
Pun begitu, suara itu tidak didengar kerana diletakkan jauh dari pentas utama. Murai Batu difahamkan pihak penganjur sengaja meletakkan koir itu jauh kerana mahu sabotaj Shahir. Namun, Murai Batu dapat tahu, tindakan itu dibuat disebabkan sudah tidak ada lagi ruang di atas pentas.
Eik? Betul ke? Murai Batu tengok masa tu lapang je. Yang ada hanyalah Shahir dan Nasha Aziz saja. Yang penting, Shahir dikatakan telah membelanjakan RM10,000 hanya untuk koir itu saja. Namun, ia langsung tidak memberi impak yang mana suara itu tidak didengar sehingga ramai menyangka Shahir lupa lirik.
Apapun, jika benarlah apa yang Murai Batu dengar ini, Murai Batu rasa sangatlah tidak adil. Setahu Murai Batu, tidak kiralah siapa artis itu, yang bertanding adalah lagu dan bukan penyanyi. Mungkin abang G-Bam (penerbit AJL25) boleh jelaskan hal ini.

Sumber MURAI

No comments:

Post a Comment