id=khairul4189">

Thursday, February 10, 2011

SOFAZ dan filem

11 FEB 2011: Bila menyebut pasal filem pecah panggung, Murai Batu mesti teringatkan produser David Teo yang kini tengah rancak menjadi juri tetap Raja Lawak 5 (RL5). Apa tidaknya, setiap kali keluar dengan produk filem yang barunya di bawah syarikat produksinya MIG, pasti ada saja filemnya yang mendapat kutipan tiket yang mengkagumkan. Apakah resepi David sehingga berjaya meraih kejayaan sebegini?
Apapun, kali ini Murai Batu bukanlah nak bercerita tentang filem keluaran David Teo tetapi Murai Batu terhidu cerita menarik tentang kumpulan Sofazr yang dianggotai Shah (gitar utama), One (drum), Fairuz (bass), Aremeer (vokalis), Zimi (gitar utama) dan Rodie (keyboard) yang bakal muncul sebagai pelakon utama untuk filem Sofazr The Movie.
Murai Batu difahamkan sejak kumpulan ini tidak lagi terikat dengan mana-mana syarikat rakaman atau senang cerita kata telah bergerak secara independent di bawah kelolaan syarikat milik mereka sendiri, Sofazr kini begitu sibuk merancang karier mereka dalam industri seni tempatan.
Paling terbaru, sumber terdekat dengan Sofazr telah memaklumkan bahawa kumpulan ini telah pun mengambil keputusan yang nekad untuk menerbitkan filem tentang mereka yang berjudul Sofazr The Movie. Murai Batu diberitahu, filem ini akan menampilkan mereka sendiri berenam sebagai hero utama.
Bercakap tentang jalan cerita filem ini, Murai Batu dapat tahu, mereka berenam akan melaalui saat-saat yang sukar selepas dibelenggu populariti sebagai artis popular. Malah, ia juga akan turut menampilkan liku-liku perjalanan dan kepayahan mereka dalam usaha untuk mengukir nama serta mencari tapak dalam industri hiburan tempatan.
Pokoknya, filem ini dikatakan mempunyai sedikit kisah benar tentang Sofazr yang dulunya berlima tetapi kini sudah berenam. Dengar cerita lagi, penggambaran filem ini akan dimulakan pada 10 Mac depan. Kiranya lagi sebulan ianya akan bermula.
Sofazr juga dikhabarkan akan menjemput beberapa orang industri untuk membuat penampilan khas dalam filem ini termasuklah wartawan hiburan yang banyak membantu menaikkan nama mereka. Khabarnya, mungkin juga mereka akan membuat satu watak istimewa wartawan hiburan yang menjadi penguat cerita untuk filem ini.
Dalam masa yang sama, mereka dikatakan sedang mengintai siapakah wartawan hiburan yang boleh melakonkan watak berkenaan. Menurut sumber, kalau boleh mereka mahu wartawan itu yang betul-betul boleh berlakon secara natural.
Tentang pengarah pula, Murai Batu mendapat tahu, Sofazr telah pun melantik dua bintang realiti TV produk dari Astro iaitu Isma yang mendapat tempat ke-5 dalam Akademi Fantasia 7 (AF7) dan Tauke Raja Lawak 2 sebagai pengarah bersama untuk filem ini.
Wah, berani betul Sofazr ye mengambil orang baru untuk mengarahkan filem pertama tentang mereka. Yelah, ada setengah orang tu terlalu taksub untuk mengambil orang lama kerana menganggap hasil kerja orang baru kurang menarik.
Apa sekalipun, Murai Batu teruja untuk menunggu filem ini. Macam mana agaknya lakonan mereka ye? Sebelum ini pun, Murai Batu hanya pernah melihat lakonan dari Aremeer saja. Apa yang paling teruja, Murai Batu nak tahu jugalah siapakah rakan wartawan Murai Batu yang dipilih Sofazr untuk membuat penampilan istimewa tersebut.MURAI

No comments:

Post a Comment