Gambar aksi manja dan berpelukan milik penyanyi dan pelakon muda, Anith bersama dua orang lelaki berbeza sudah mula di sembangkan di ruangan forum dan blog-blog di Internet sejak beberapa bulan lalu.
Kelihatan mesra dan lagak yang persis sepasang kekasih, Anith ketika dihubungi bagaimanapun menafikan dia kini sedang bercinta dengan salah seorang daripada lelaki dalam kedua-dua gambar itu.
Hanya menganggap kedua-duanya sebagai rakan baik sahaja, dia tidak menyangka ada orang sanggup mencuri gambar miliknya dan disebarkan di Internet."Lelaki dalam kedua-dua gambar ini bukan kekasih saya, mereka hanya teman rapat yang telah lama saya kenali. Apa yang boleh saya katakan, setakat ini saya masih belum mempunyai kekasih dan belum memikirkan soal cinta.
"Saya terlalu rapat dengan kedua-dua mereka, jadi saya tak sangka gambar-gambar mesra sebegitu di anggap lain oleh orang yang melihatnya. Bagi kami, aksi begitu sudah biasa dan kami tidak pernah mempunyai perasaan antara satu sama lain, sudah tujuh tahun berkawan, saya sudah terbiasa bersikap manja dengan mereka dan sebenarnya kami tidak mempunyai niat lain.
"Saya terkejut sewaktu mula-mula gambar ini tersebar, dan lebih terkejut lagi apabila setiap bulan ada sahaja gambar saya yang di curi dan di letakkan di mana-mana forum dan blog.
"Saya kesal dengan apa yang berlaku dan agak terkilan bila ada yang mencuri dan menyebarkan gambar ini di Internet,"jelas Anith yang juga merupakan salah seorang pelakon drama bersiri, Kau Dan Aku di Astro Ria.
Tak Kisah Apa Orang Kata
Melihat gambar-gambar miliknya itu, jelas Anith dia tidak kisah dengan tanggapan orang ramai yang mengatakan dirinya banyak kekasih ataupun terlalu seksi.
"Biarlah apa orang nak kata, yang penting saya tahu diri saya bagaimana. Susah saya nak jangka apa yang difikirkan oleh orang ramai, dan saya juga tidak sangka apa yang saya lakukan itu salah dimata mereka.
"Yang penting saya berkata benar setiap kali ditanya, kalau betul itu kekasih saya, saya pasti akan mengaku begitu juga sebaliknya.
"Keluarga saya juga terkejut bila mendapat tahu gambar-gambar milik saya bersama dua teman rapat saya ini tersebar di Internet dan di anggap lain oleh pihak pembaca, dan mereka juga menasihati saya supaya lebih berhati-hati di kemudian hari.
"Setakat ini saya tidak mahu mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka yang menyebarkan gambar-gambar ini, tetapi mungkin selepas ini saya perlu lebih berhati-hati dan tidak mengulangi perkara ini lagi,"luahnya.
Belum Masanya untuk Bercinta
Berbicara tentang cinta, jelas Anith dia masih belum ada masa untuk memikirkan soal itu. Malah, ibunya juga menasihatinya supaya dia menumpukan sepenuhnya dalam bidang kerjaya terlebih dahulu.
“Bukan tidak ada lelaki yang datang pada saya. Cuma belum tiba masanya. Ibu juga pesan supaya saya menumpukan dulu pada pelajaran dan cita-cita saya dalam bidang seni.
“Saya takut nanti susah untuk saya bagi komitmen jika ada kekasih. Bukan tak mahu terima cinta. Jika ada yang datang nanti apa salahnya.
“Buat masa sekarang saya tidak mencari cinta. Banyak lagi yang perlu saya beri tumpuan. Habis belajar nanti saya mahu fokus pula pada kerjaya dalam bidang seni ini.
Anith atau nama sebenarnya Anith Aqilah Sulaiman, kini sedang menuntut di ASWARA dalam bidang muzik. Pelajar tahun dua ini juga akui bukan mudah untuk menumpukan perhatian pada pelajaran apabila pada masa yang sama terpaksa menerima undangan menyanyi.

sumber MANGGA
cantik gak anith ni
ReplyDelete