id=khairul4189">

Wednesday, February 16, 2011

Sidang Media Hari Terbuka FINAS 2011

Foto: Rafiuddin Abdul Rahman
8 Februari 2011 - "Citra membawa maksud "Wajah". Filem dilihat sebagai cermin atau jendela kehidupan masyarakat Malaysia. Filem adalah medium yang berpengaruh dalam membentuk sebuah negara bangsa. Ia selaras dengan Gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"; "Itulah tema kali ini, "Filem Citra 1Malaysia" Timbalan Ketua Pengarah FINAS (Operasi), Mohd Zulkifli Ab. Wahab pada sidang media Hari Terbuka FINAS 2011 yang telah berlangsung di Dewan Samad Idris. Edisi ketiga Hari Tebuka FINAS 2011 diadakan pada 12 dan 13 Februari ini pada jam 9 pagi - 11 malam (Sabtu) dan 9 pagi - 6 petang (Ahad).
Pada tahun lepas, Hari Terbuka FINAS (HTF) berjaya menarik kira-kira 6,000 pengunjung dan tahun sebelumnya diadakan buat kali pertama pada 31 Januari hingga 2 Februari 2009 sempena perasmian Studio Digital Mix Stage. Objektif penubuhan HTF ialah mendekatkan hubungan Perbadanan dengan para pelanggan khususnya pengamal atau penglibatan industri perfileman, memberi penjelasan dan kefahaman yang lebih jelas kepada masyarakat berkaitan peranan dan tanggungjawab FINAS dalam memajukan industri filem negara dan menyemai dan membentuk komuniti filem Malaysia untuk jangka masa panjang.
Antara pengisian sempena di HTF antaranya, Sesi Bergambar Bersama Artis, Sesi UjiBakat Lakonan, Pameranf & Demontrasi Peralatan Perfileman, Tayangan Filem Cereka, Dokumentari & Filem Pendek, Taklimat Dana Industri Kreatif, Lawatan Berpandu Kemudahan FINAS, Uji Bakat Pembaca Berita, Gerai Jualan, Sesi Interaktif & Pertandingan Karaoke Lagu-lagu Filem dan FINAS Bertemu Pelanggan.
Hadir sama pada sidang media ialah Timbalan Ketua Pengarah FINAS (Pembangunan), Hajah Fatimah Ahmad, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Mohd Khalid Maulod dan Penolong Pengarah Komunikasi Korporat, Mohd Fazli Mohd Aziz. Selain itu beberapa wakil rakan artis ialah Jehan Miskin, Radhi Khalid, Ellie Suriati dan Khatijah Tan. Tidak ketinggalan wakil dari media cetak dan media elektronik.

Sumber FINAS

No comments:

Post a Comment