id=khairul4189">

Saturday, February 12, 2011

Fouziah, Heliza akur ketentuan rezeki


Fouziah Gous


WAJAH Fouziah Gous dikenali sebagai pelakon muda berpotensi menerusi drama-drama lakonannya manakala Heliza Helmi yang lahir daripada program realiti televisyen (TV) Akademi Fantasia (AF) musim kelima pula dikenali peminat sebagai penyanyi.
Walaupun dua individu ini melangkah dalam dua cabang seni yang berbeza namun satu persamaan yang ada pada diri mereka ialah masing-masing akur dengan ketentuan rezeki yang diberikan Tuhan.
Baik Fouziah mahupun Heliza, mereka jarang tampil di dada-dada akhbar dengan kisah sensasi dan peribadi.
Mungkin juga mereka tidak mahu mencari publisiti murahan maka Fouziah dan Heliza lebih selesa memberi tumpuan kepada bidang yang diceburi.
Jika Fouziah kini semakin selesa menerajui kerjaya seni sebagai pelakon yang semakin menyerlah, Heliza pula sibuk menguruskan syarikat miliknya, Heliza Helmi Production (HHP) di samping menyanyi.
Tatkala Fouziah menerima pujian demi pujian penonton rentetan lakonan berkesannya dalam rantaian Trilogi Cinta, Heliza pula ‘bersilat’ menepis khabar angin tentang kemelut dalaman syarikat serta hubungan cinta dengan komposer dan pengacara Hafiz Hamidun.
Ketika ditemui dalam majlis memperagakan pakaian dari Butik Mimpi Kita, Bangsar baru-baru ini, mereka tidak lokek untuk berkongsi cerita.

No comments:

Post a Comment