id=khairul4189">

Sunday, February 13, 2011

Amy Search Sedia Jadi Pengetua AF9?

Angelina & Amy Search
11 FEB 2011: Pada penghujung tahun lalu, sebaik saja portal murai.com.my mengumumkan bahawa Akademi Fantasia 9 (AF9) sah diterbitkan pada tahun ini, nama Amy Search terus dicanangkan sebagai pengetua AF9. Ketika itu, Amy sedang sibuk menjadi pendidik untuk program Kamilah Bintang di Astro Ceria. Malah, dia juga sering terlibat dengan beberapa program Astro yang lain termasuklah Gempak Selebriti Astro.
Murai Batu dimaklumkan, ketika nama Amy disebut-sebut sebagai pengetua AF9, pihak Amy termasuk Amy dan isterinya tersangatlah gembira mendengar perkhabaran itu. Ini kerana daripada ramai calon artis yang hebat-hebat di luar sana, namanya terus menjadi pilihan terawal untuk dicalonkan sebagai pengetua.
Begitupun, tidak lama kemudian, khabar angin itu jadi sepi dan secara tiba-tiba nama bintang dari Indonesia iaitu Ahmad Dhani sebagai pengetua AF9 pula yang lebih banyak diperkatakan. Biarpun pihak Astro masih belum lagi mengesahkan apa-apa tentang spekulasi ini, namun sana-sini orang kecoh memperkatakan bahawa Dhanilah calonnya.
Dalam waktu yang sama, banyak pihak yang nampaknya tidak dapat menerima seandainya Dhani yang dipilih menjadi pengetua AF9. Siap ada kempen mahu memboikot Dhani pula. Pihak Amy khabarnya sangat kecewa dengan berita yang didengarnya itu.
Spekulasi itu juga khabarnya membuatkan Amy rasa agak kecewa. Sebabnya, dia memang teruja dan sangat bersedia untuk jadi pengetua AF9. Malah, rata-rata peminat hiburan juga nampaknya macam bersetuju kalau Amy yang jadi pengetua AF9.

Yelah, mengikut kajian Murai Batu, sewaktu Amy menjadi mentor kepada Fiq, Amy mampu menaikkan nama Fiq ke tahap yang lebih tinggi. Malah, Fiq sendiri mampu berlawan dengan protégé untuk sebuah program Mentor di Indonesia.

Lagi pula, nama Amy Search begitu gah di Indonesia sehingga banyak juga band-band dan artis dari seberang mengatakan Amy dan Search adalah artis Malaysia yang hebat di Indonesia. Sama seperti Dato Siti Nurhaliza.
Apapun, mungkin ada hikmah Amy Search tidak jadi menyandang jawatan itu. Siapa tahu Amy boleh menerbitkan sendiri program yang memerlukannya sebagai pengajar. Mungkin juga Amy boleh membuat pertandingan realiti TV yang mencari band rock. Masa itu, Amy lagi sesuai jadi pengetua. Tak ke gitu.

MURAI BATU: Ada penyanyi baru dari Malaysia bakal disunting untuk berduet dengan penyanyi comel macam Dafi dari Indonesia dalam sebuah lagu. Siapa tu ye?

Sumber MURAI

No comments:

Post a Comment