id=khairul4189">
Sunday, February 27, 2011
Perut siapakah itu?
Perut yang bertulis “No HIV Inside” ini adalah milik Aishah Sinclair. Gambar ini diambil semasa Aishah sedang mengandung bersempena dengan kempen AIDSAware. Sangat kreatif idea daripada Aishah Sinclair. Kami kagum dan respek dengan apa yang sanggup dilakukan untuk memberi kesedaran orang ramai.
Tapi itu masa perut Aishah Sinclair sedang mengandung, sekarang ini dah macam mana pulak?
Amik kau slim gila beb! Macam anak dara umur 18 tahun. Memang awesome gila. Hebat dan cepat sungguh proses pengurusan berlaku kembali kepada Aishah Sinclair. Respek dan tabik spring. Confirm laki tak cari lain.
Kalau rasa nak tengok gambar artis-artis lain di kempen AIDSAware ini, sila pergi ke blog RunWitMe ye. Ada Jojo Struys, Yasmin Hani dan ramai lagilah.
Hot...Daphne Iking masuk ISLAM
Terima kasih kepada Jejai dan Redmummy yang telah mengesahkan berita gembira Daphne Iking memeluk Islam. Mereka berdua dengan gaya paparazi terlatih telah bertanyakan keconfirman cerita ini kepada Daphne Iking directly semasa event ABUSE semalam. Anda berdua memang layak jadi paparazi terhebat Malaysia!!!
Dan satu lagi berita yang telah disahkan ialah Daphne Iking sudah pun berkahwin dengan seorang lelaki Melayu. Semalam Daphne Iking hadir bersama suaminya ke event ABUSE. Identiti suaminya masih tidak dapat dikenal pasti. Tapi gambar lelaki di atas dan di bawah ialah suami Daphne Iking.
Tahniah kepada Daphne atas perkahwinan dan selamat datang ke keluarga Islam. Semoga segalanya dipermudahkan.
Nama Islam Daphne Iking ialah Dahlia Eleanor Iking. Khabarnya suami Daphne ialah ialah Azmi (Joe), bekas Managing Director untuk Redberry Group.
Sumber Beautifulnara
Bob tak nak berdosa, katanya
Bob tak nak berdosa, katanya
Joyah tak mahu komen soal parti politik kanan mahupun kiri. Sebab dunia hiburan ni pun banyak sangat politiknya, kalah parti politik sebenarnya.
Yang paling Joyah terkesan apabila Bob kata dia mahu memilih watak yang tak mendatangkan dosa bila dia dah mati nanti.
Selain itu Bob juga berkata tujuan utama dia masuk parti pembangkang sebab anaknya mempunyai masalah dalam sistem kehidupan termasuklah sistem persekolahan dan pergaulan dalam masyarakat sekarang ini.
Sebab bimbang anaknya akan terpengaruh dengan perkara-perkara negatif di luar sana Bob juga baru sedar tanggungjawab pada anak-anak.
"Apa yang berlaku semuanya daripada Allah. Yang penting dalam sisa hidup, saya mahu selamat di dunia dan saya tak akan masuk neraka," kata Bob lagi.
Entahlah Bob, tetapi setahu Joyah, masuk parti mana sekalipun, tak semestinya dijamin ke syurga.
Kalau asyik duduk bergaduh, caci-mencaci, kutuk-mengutuk, susah juga nak dapat pahala, betul tak? Harap Bob tak macam itu dan dia bertemu dengan apa yang dicarinya
Sumber Utusan
Wednesday, February 23, 2011
Fara Fauzana dilamar!!!!
Nak kata mimpi pun tidak, tapi itulah kenyataannya. Pagi tadi, kisah lamaran seorang cikgu terhadap penyampai radio, Fara Fauzana dilakukan secara live di radio. Kisahnya, cikgu tersebut pada mulanya hanya berani menghantar lamaran kepada Fara Fauzana secara SMS. Tapi biasalah, FBI & AG sengaja nak bergurau dengan Fara Fauzana, jadi mereka call balik cikgu tu minta dia lamar Fafau betul-betul.
Cikgu yang bernama Ermy itu menjadi topik perbualan hangat hari ini apabila keberaniannya dilihat sebagai sangat sweet oleh pendengar-pendengar wanita. Ada yang sanggup mencari FB cikgu tersebut, mungkin melamar kot. Kami sudah lihat gambar Cikgu Ermy, orangnya boleh tahan hensem. Tapi kami tidak pasti sama ada dia masih bujang atau tidak.
Rasanya, bukan sekali Fara Fauzana diusik macam ini. Tak lama dulu, penyampai radio HotFm pernah kenenkan Fafau dengan seorang lelaki bernama Jaafar. Dengar cerita, mereka siap keluar breakfast bersama. Namun tidak pula mereka berdua jatuh cinta, mungkin berkawan je kot.
Adakah Fara Fauzana akan menerima lamaran Cikgu Ermy? Dengar cerita, Fara Fauzana agak memilih orangnya, suka yang Chinese look.
Cikgu yang bernama Ermy itu menjadi topik perbualan hangat hari ini apabila keberaniannya dilihat sebagai sangat sweet oleh pendengar-pendengar wanita. Ada yang sanggup mencari FB cikgu tersebut, mungkin melamar kot. Kami sudah lihat gambar Cikgu Ermy, orangnya boleh tahan hensem. Tapi kami tidak pasti sama ada dia masih bujang atau tidak.
Rasanya, bukan sekali Fara Fauzana diusik macam ini. Tak lama dulu, penyampai radio HotFm pernah kenenkan Fafau dengan seorang lelaki bernama Jaafar. Dengar cerita, mereka siap keluar breakfast bersama. Namun tidak pula mereka berdua jatuh cinta, mungkin berkawan je kot.
Adakah Fara Fauzana akan menerima lamaran Cikgu Ermy? Dengar cerita, Fara Fauzana agak memilih orangnya, suka yang Chinese look.
Hot!!!....Siti Sarah & Shuib Cuba Pakai Baju Nikah.
Yay, fitting day! Semalam, penyanyi lagu Kesetiaan Siti Sarah Raisuddin & Shuib hadir ke butik Hatta Dolmat Couture untuk mencuba busana pernikahan yang akan mereka pakai pada 26 Februari ini.
Kedua-dua bakal pasangan suami isteri ini turut ditemubual oleh team Nona yang menjengah mereka ketika sesi fitting berlangsung. Tiada maklumat lanjut, apa pun kita ucapkan selamat pengantin baru kepada Siti Sarah & Shuib. Enjoice gambar selepas ini.
Saturday, February 19, 2011
Hot!!! Marron 5 di Malaysia, biler....
Kenapa bulan April dipilih oleh penganjur Bruno Mars, Justin Bieber & Maroon 5 untuk mengadakan konsert ye? U guys have any ideas? Tapi okay juga, andai kata konsert Bruno Mars dibatalkan, anda masih boleh layan Maroon 5. Oh, I’m in misery…
Kami dimaklumkan bahawa Maroon 5 akan menuju ke Malaysia April ini untuk jelajah promosi album ketiga berjudul, “Hands All Over” yang dilancarkan pada September 2010. Vokalis Adam Levine & sekutunya akan menghiburkan peminat mereka pada 29 April 2011 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil.
Nampaknya pemenang 3 kali anugerah Grammy Awards ini amat rancak meluaskan empayar peminatnya di kawasan Asia. Maroon 5 juga akan mengadakan konsert di 4 negara Asia Tenggara termasuk Thailand, Singapore, Filipina & Indonesia.
Tiket-tiket boleh didapati pada harga permulaan RM115, RM185, RM255, RM355, RM485 diTicketPro dan PR Worldwide.
Sumber Ohbulan
Produser New York Terpukau Dengan Yuna!
Bukan mudah untuk seorang penyanyi Asia, terutamanya Malaysia memukau produser label New York. Namun, Yuna akhirnya berjaya memecahkan tembok pemisah tersebut apabila dia mendapat pujian daripada Russell Simmons, seorang ahli perniagaan, pemilik syarikat label hip hop Def Jam, dan perintis jenama pakaian Phat Farm, Argyleculture, dan American Classics. Russell Simmons, memiliki lebih 600 ribu followers mempunyai nilai harta sekitar $USD 340 juta, merupakan pendokong muzik hip hop ketiga yang terkaya di sana.
Yuna, memberikan kunjungan khas di pejabat Russell Simmons dan memukau pemilik syarikat label Def Jam dengan lagu-lagu nyanyiannya. Russell Simmons berkata di twitter, ‘an amazing new singer @yunamusic just came by my office & blessed me w/ her music – follow her, her music is incredible!’
Ironi, orang luar lebih menghargai muzik Yuna. Ehem, teringat pula kisah AJL 25 yang lepas. Trauma beb!
Mungkin, satu hari nanti Yuna berjaya mencipta nama di sana & mengharumkan nama negara. Nanti jangan lupa pada kami ye Yuna! We love you!
Sumber Ohbulan
Thursday, February 17, 2011
Hot...gambar reunion AF8
Hot....inilah gambar reunion AF8 yang berlangsung di Intai-Intai Cafe. Dari wajah masing-masing, jelas ketara betapa gembiranya dapat bertemu semula....semoga para pelajar AF8 terus maju dalam bidang masing-masing....chaiyok chaiyok
Wednesday, February 16, 2011
HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH’ GAMATKAN MALAM BERSAMA BINTANG FINAS
Berita: Rafiuddin Abdul Rahman
Foto: Rafiuddin Abdul Rahman, Zahara Jaferi & Nurul Nadia (Pelajar Praktikal SEGi Kolej)
14 Januari 2011 – Siri Program Merakyatkan Filem menerusi penganjuran Malam Bersama Bintang buat kali ke-13 kini tiba kembali pada tahun 2011. Permulaan untuk tahun ini dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat dan Unit Audit Dalam yang bertemakan ‘Pop Leleh’. Kira – kira lebih 900 pengunjung menghadiri program itu yang diadakan di Dataran Karyawan FINAS pada pukul 8 malam.
Persembahan dimulakan dengan nyanyian Band FINAS menerusi lagu ‘Cinta Sempurna’, ‘Kalau Berpacaran’ dan ‘I’m Yours’. Penyanyi terkenal, Dato’ David Arumugam (Allycats) menyampaikan beberapa buah lagu popular antaranya, ‘Sampaikan Salam Cintaku’, ‘Hingga Akhir Nanti’ dan lagu hit beliau ‘Andai Aku Pergi Dulu’ mendapat sorakan dan tepukan gemuruh dari pengunjung yang hadir.
Pengacara pada malam itu, Sharifah Shahirah mengumumkan persembahan seterusnya menjemput penyanyi Zamani Slam menyampaikan empat buah lagu antaranya ‘Nur Kasih’, ‘Kembali Terjalin’, ‘Syair Si Pari-Pari’ dan ‘Gerimis Mengundang’. Sebelum acara kemuncak iaitu tayangan filem seram komedi ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, sesi promosi filem ‘Khurafat’ diadakan kepada pengunjung. Antara artis yang hadir semasa sesi promosi ialah pelakon utama dan juga Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22, Liyana Jasmay dan Sabrina Ali selain sempat beramah mesra bersama pengunjung.
Acara lebih menarik semasa cabutan bertuah diumumkan apabila Shahirah mengumumkan hadiah bertuah berada di bawah tempat duduk pengunjung. Lebih meriah dan menggamatkan suasana dengan kehadiran pengunjung yang padat tayangan ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ dipertontonkan.
Buat pertama kalinya Kelab pemilik Grand Livina Malaysia dijemput untuk memeriahkan lagi acara dan lebih 100 ahli Kelab Pemilik Grand Livina hadir bersama ahli keluarga masing-masing. Ada antara ahlinya datang dari Kedah, Terengganu, Pahang dan sekitar Lembah Klang selain Kelab YOB4EVER dari Perak dan Kelab Toyota Avanza.
Hadir sama pada program Malam Bersama Bintang ialah Ketua Pengarah FINAS, Mohd Mahyidin Mustakim, Pengarah Filem ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, Mamat Khalid, Pihak Media, Harun Salim Bachik, Presiden SENIMAN, Ahmad Ibrahim (Mat London), Presiden FDAM, Datuk M. Daud Wahid (Presiden PAPITA), dan Yusof Kelana (PTVM).
Malam Bersama Bintang (MBB) kali ini turut ditaja oleh Bezzy Creative Sdn. Bhd, Pujangga Kreatif Sdn. Bhd. Ariecorp Sdn. Bhd. Dan I-Insan Multimedia Sdn. Bhd. MBB merupakan program bulanan FINAS yang diadakan pada setiap Jumaat minggu kedua.
Sidang Media Hari Terbuka FINAS 2011
Foto: Rafiuddin Abdul Rahman
8 Februari 2011 - "Citra membawa maksud "Wajah". Filem dilihat sebagai cermin atau jendela kehidupan masyarakat Malaysia. Filem adalah medium yang berpengaruh dalam membentuk sebuah negara bangsa. Ia selaras dengan Gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"; "Itulah tema kali ini, "Filem Citra 1Malaysia" Timbalan Ketua Pengarah FINAS (Operasi), Mohd Zulkifli Ab. Wahab pada sidang media Hari Terbuka FINAS 2011 yang telah berlangsung di Dewan Samad Idris. Edisi ketiga Hari Tebuka FINAS 2011 diadakan pada 12 dan 13 Februari ini pada jam 9 pagi - 11 malam (Sabtu) dan 9 pagi - 6 petang (Ahad).
Pada tahun lepas, Hari Terbuka FINAS (HTF) berjaya menarik kira-kira 6,000 pengunjung dan tahun sebelumnya diadakan buat kali pertama pada 31 Januari hingga 2 Februari 2009 sempena perasmian Studio Digital Mix Stage. Objektif penubuhan HTF ialah mendekatkan hubungan Perbadanan dengan para pelanggan khususnya pengamal atau penglibatan industri perfileman, memberi penjelasan dan kefahaman yang lebih jelas kepada masyarakat berkaitan peranan dan tanggungjawab FINAS dalam memajukan industri filem negara dan menyemai dan membentuk komuniti filem Malaysia untuk jangka masa panjang.
Antara pengisian sempena di HTF antaranya, Sesi Bergambar Bersama Artis, Sesi UjiBakat Lakonan, Pameranf & Demontrasi Peralatan Perfileman, Tayangan Filem Cereka, Dokumentari & Filem Pendek, Taklimat Dana Industri Kreatif, Lawatan Berpandu Kemudahan FINAS, Uji Bakat Pembaca Berita, Gerai Jualan, Sesi Interaktif & Pertandingan Karaoke Lagu-lagu Filem dan FINAS Bertemu Pelanggan.
Hadir sama pada sidang media ialah Timbalan Ketua Pengarah FINAS (Pembangunan), Hajah Fatimah Ahmad, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Mohd Khalid Maulod dan Penolong Pengarah Komunikasi Korporat, Mohd Fazli Mohd Aziz. Selain itu beberapa wakil rakan artis ialah Jehan Miskin, Radhi Khalid, Ellie Suriati dan Khatijah Tan. Tidak ketinggalan wakil dari media cetak dan media elektronik.
Sumber FINAS
Tajaan ditarik?Siapa?Mengapa?
Kami dengar cerita, sebuah band popular telah menyentapkan hati penaja mereka sehingga menyebabkan segala perancangan tajaan telah ditarik semula oleh syarikat tersebut.
Band popular ini telah dijadikan ikon untuk menarik minat orang muda supaya menggunakan perkhidmatan mereka. Jadi, bukan sedikit tajaan yang mereka terima kerana pihak syarikat sudah menyediakan bas untuk memudahkan band tersebut melakukan siri jelajah mereka di seluruh Malaysia.
Daripada apa yang kami dengar, penaja merajuk dengan band tersebut kerana mereka tidak menurut syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Band tersebut tidak memakai baju yang mempunyai logo syarikat tersebut ketika membuat persembahan bagi sebuah pertandingan lagu berprestij.
Tapi, kami rasa masalah ini amat kecil sebenarnya. Sepatutnya, pihak penaja kena’lah bagi muka sikit kepada band tersebut. Kalau betul nak gunakan band tersebut sebagai medium pengiklanan, sepatutnya beli airtime di televisyen. Pendapat kami, seharusnya pihak penaja & band tersebut duduk di meja semula dan bincangkan apa yang patut.
Setakat ini, kami tidak nampak sebarang aktiviti pemasaran, pengiklanan yang dijalankan oleh syarikat tersebut. So, nak tanya, confirm ditarik semula ke?
Sumber Ohbulan
Kalau Berpacaran
Oleh HASNURUL MOHAMED
KEHADIRAN penyanyi evergreen,Sohaimi Mior Hassan di majlis perasmian Kempen Kami PrihatinProgram Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Mantin, Negeri Sembilan hari ini, ternyata akan memeriahkan suasana apabila Sohaimi menyampaikan lagu popularnyaKalau Berpacaran.
Kemunculan Sohaimi berduet dengan Heliza Helmi (penyanyi asalnya, Ana Raffali) mendendangkan lagu yang sarat dengan mesej dan pengajaran untuk golongan muda khususnya remaja itu bukan sekadar hiburankosong.
Sebaliknya, lagu tersebut terkandung mesej positif untuk difikir dan dinilai oleh para pelatih PLKN yang rata-ratanya terdiri daripada golongan remaja.
Selain Sohaimi, Kempen Kami Prihatin yang akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut diserikan dengan persembahan Aizat & The Band.
Menurut Sohaimi, beliau menghasilkan lagu dan lirik Kalau Berpacaran, khas untuk tiga orang anak perempuannya dan golongan remaja amnya.
"Lagu itu ada mesej yang ingin saya sampaikan kepada kumpulan sasar iaitu remaja di luar sana. Liriknya bukan sekadar satu pesanan dan nasihat tetapi juga mengingatkan remaja supaya sentiasa menjaga adab dan sopan," katanya ketika dihubungi Hits baru-baru ini.
Beliau berkata, sekiranya ada yang berpandangan lagu tersebut adalah sebuah lagu penyelamat remaja, beliau tidak menafikannnya bahkan merasa bangga kerana lagu itu dapatditerima pendengar.
"Ketika mencipta melodi dan lirik Kalau Berpacaran, ia bukan ditulis secara sembrono. Tetapi dengan niat mendidik golongan muda supaya sentiasa mendukung nilai dan adab sopan supaya tidak menconteng arang di muka keluarga," kata Sohaimi yang gembira dapat hadir di majlis perasmian Kempen Kami Prihatin di Kem PLKN Sri Perkasa, Mantin, Negeri Sembilan.
Kempen tersebut yang dianjurkan oleh pihak kementerian dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia, Astro dan Karyawan.
Sementara itu, Ketua Unit Komunikasi Korporat KPWKM, Alice Suriati Mazlan berkata, selain lagu tema Harapan Tanpa Suara, Kalau Berpacaran nyanyian Sohaimi dan Heliza dipilih sempena Kempen Kami Prihatin PLKN kerana ia amat dekat di jiwa remaja.
"Lagu itu secara tidak langsung dapat membentuk sikap positif dalam aspek kesihatan reproduktif dan sosial di kalangan remaja.
"Lagu tersebut sarat dengan pengajaran kerana ia dilihat dapat membentuk golongan remaja supaya berakhlak, bertanggung jawab dan mampu mengukuhkan jati diri.
"Menerusi Kempen Kami Prihatin kita mahu memberitahu golongan muda tentang masalah anak yang tidak sah taraf, di samping menerangkan kepada golongan remaja mengapa gejala sosial seperti ini boleh timbul," katanya.
Perspektif baru riwayat hidup Sudirman
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF dan ihsan AETN ALL ASIA NETWORK
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF dan ihsan AETN ALL ASIA NETWORK
KEDATANGAN bulan Februari sememangnya merupakan bulan yang signifikan dalam direktorihiburan tanah air. Atau lebih tepat lagi, tarikh 22 Februari 1992 itu sendiri telah meninggalkan kesan yang cukup besar dalam sebahagian daripada hidup kita sebagai rakyat Malaysia.
Tarikh itu merupakan detik yang pastinya tidak mampu dilupakan oleh kita semua apabila seniman berjiwa besar, Datuk Sudirman Arshad pergi meninggalkan kita untuk menunaikan janjinya kepada Allah SWT.
Seluruh dunia seni serta-merta menjadi sepi seketika sebaik sahaja berita kematian penghibur kesayangan ramai itu diumumkan.
Tuesday, February 15, 2011
Poster Ratu janggal tanpa muka Eina
Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar ZAINI HUSIN
FILEM Ratu The Movie yang menampilkan 10 aktres pasti kelihatan janggal apabila poster untuk mempromosikan filem yang bakal menemui penonton di pawagam pada Mac ini hanya menampilkan sembilan wajah pelakon utamanya sahaja.
Sedangkan filem arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen yang bertunjangkan kisah peserta pertandingan ratu cantik itu dibarisi 10 pelakon wanita.
Malah mereka juga sebelum ini tidak pernah tampil dalam mana-mana filem.
Kesemua 10 pelakon muka baru yang tampil dalam filem Ratu The Movie dengan kos RM1.5 juta termasuk promosi, terdiri daripada Tryambikay Vendages Nair (Bkay), Hilyah Amirah Ismail (Elya), Arizan (Izan), Farahzilah Abd. Rahman (Farah), Norfarahin Mohd. Roslan (Farahin), Shuhaila Sidik Mohamed (Sue), Fazreen Syazlyn Mohd. Adzhar (Syazlyn), Norjazillah Abd. Rashid (Jazzy), Natasha Sheila (Tasha) dan Ainur Shakina Azman (Eina).
Hits difahamkan, kemelut tercetus sebaik sahaja tamat penggambaran filem terbitan Wayang Studio International (WSI) itu.
Semuanya gara-gara salah seorang daripada pelakon utamanya, Eina, membuat dakwaan yang mengaitkan produser filem tersebut, A. Latiff Mohaideen dengan seorang pelakon, Bkay Nair.
Eina mendakwa kononnya Latiff menjalin hubungan istimewa dengan Bkay berdasarkan selepas tamat penggambaran, Bkay ditawarkan untuk bekerja dalam produksi WSI.
Ekoran itu, Latiff berang dan bertindak mengeluarkan muka Eina dalam poster filem Ratu The Movie.
Dakwaan Eina yang dianggap sebagai tidak berasas itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Latiff.
Rentetan daripada isu panas yang didedahkan dengan berani itu, Eina yang berusia 16 tahun mengambil keputusan keluar daripada WSI.
"Bagi saya, tindakan Eina membuat tohmahan ke atas saya merupakan satu tamparan hebatkepada seluruh warga kerja Ratu The Movie.
"Ini kerana, tak semena-mena, dia telah mencetuskan satu kontroversi sedangkan kita dulu pernah bekerjasama dengan aktres terkenal dan punya nama besar seperti Erra Fazira dan Ning Baizura. Tetapi tidak timbul pun sebarang masalah," kata Latiff.
Ibarat diberi susu dibalas tuba, Latiff menuntut kenyataan maaf secara terbuka daripada Eina.
Latiff yang kesal dengan kemelut yang melanda produksi filem tersebut berkata, pihaknya tidak mampu untuk berbuat sebarang perubahan terhadap filem yang ke-27 arahan Razak kerana isu panas itu berbangkit selepas siap penggambaran.
"Cuma apa yang boleh kami lakukan keluarkan wajah Eina daripada poster filem," katanya.
Latiff bagaimanapun optimis isu panas yang melanda produksi filemtersebut tidak akan menjejaskan tarikan penonton ke pawagam.
Sumber Utusan
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar ZAINI HUSIN
Gaya pasangan romantis Hollywood
MEMANG tidak dinafikan, setiap kali berlangsungnya majlis anugerah berprestij di Hollywood, ia merupakan sebuah keraian yang akan mengumpulkan semua karyawan mereka.
Tidak kira sama ada majlis itu meraikan karyawan filem, muzik mahupun televisyen, kelibat artis Hollywood pasti akan kelihatan di setiap majlis tersebut.Setiap seorang daripada mereka akan hadir memberikan sokongan sekali gus membuktikan mereka tidak bersikap prejudis dalam memperjuangkan bidang hiburan yang diceburi.Begitu juga dengan Anugerah Grammy Ke-53 yang baru sahaja berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, malam Ahad lalu (Isnin, waktu Malaysia).
Seperti biasa, karyawan seni Hollywood dari pelbagai lapangan seni telah membanjiri Staples Centre di mana tempatnya majlis pengiktirafan muzik tertinggi Hollywood itu berlangsung.Semuanya hadir pasang badan dengan busana yang menawan dan menarik perhatian setiap mata yang memandang.Untuk itu, Hits menampilkan gaya beberapa pasangan romantis Hollywood yang hadir memeriahkan acara karpet merah Grammy.
Sumber Utusan
Subscribe to:
Posts (Atom)