id=khairul4189">

Saturday, February 19, 2011

Hot!!! Marron 5 di Malaysia, biler....


Kenapa bulan April dipilih oleh penganjur Bruno Mars, Justin Bieber & Maroon 5 untuk mengadakan konsert ye? U guys have any ideas? Tapi okay juga, andai kata konsert Bruno Mars dibatalkan, anda masih boleh layan Maroon 5. Oh, I’m in misery…
Kami dimaklumkan bahawa Maroon 5 akan menuju ke Malaysia April ini untuk jelajah promosi album ketiga berjudul, “Hands All Over” yang dilancarkan pada September 2010. Vokalis Adam Levine & sekutunya akan menghiburkan peminat mereka pada 29 April 2011 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil.
Nampaknya pemenang 3 kali anugerah Grammy Awards ini amat rancak meluaskan empayar peminatnya di kawasan Asia. Maroon 5 juga akan mengadakan konsert di 4 negara Asia Tenggara termasuk Thailand, Singapore, Filipina & Indonesia.
Tiket-tiket boleh didapati pada harga permulaan RM115, RM185, RM255, RM355, RM485 diTicketPro dan PR Worldwide.
Sumber Ohbulan

Produser New York Terpukau Dengan Yuna!


Bukan mudah untuk seorang penyanyi Asia, terutamanya Malaysia memukau produser label New York. Namun, Yuna akhirnya berjaya memecahkan tembok pemisah tersebut apabila dia mendapat pujian daripada Russell Simmons, seorang ahli perniagaan, pemilik syarikat label hip hop Def Jam, dan perintis jenama pakaian Phat Farm, Argyleculture, dan American Classics. Russell Simmons, memiliki lebih 600 ribu followers mempunyai nilai harta sekitar $USD 340 juta, merupakan pendokong muzik hip hop ketiga yang terkaya di sana.
Yuna, memberikan kunjungan khas di pejabat Russell Simmons dan memukau pemilik syarikat label Def Jam dengan lagu-lagu nyanyiannya. Russell Simmons berkata di twitter, ‘an amazing new singer @yunamusic just came by my office & blessed me w/ her music – follow her, her music is incredible!’
Ironi, orang luar lebih menghargai muzik Yuna. Ehem, teringat pula kisah AJL 25 yang lepas. Trauma beb!
Mungkin, satu hari nanti Yuna berjaya mencipta nama di sana & mengharumkan nama negara. Nanti jangan lupa pada kami ye Yuna! We love you!

Sumber Ohbulan

Thursday, February 17, 2011

Hot...gambar reunion AF8

Hot....inilah gambar reunion AF8 yang berlangsung di Intai-Intai Cafe. Dari wajah masing-masing, jelas ketara betapa gembiranya dapat bertemu semula....semoga para pelajar AF8 terus maju dalam bidang masing-masing....chaiyok chaiyok

Reunion AF8

Reunion AF8

gambar di Reunion AF8

Reunion AF8

pic Reunion AF8


Reunion AF8

gambar bekas pelajar af8

pelajar af8 di Reunion AF8

Reunion AF8

gambar Reunion AF8

pelajar af di Reunion AF8

bekas pelajar af8

Reunion AF8

Reunion AF8

Reunion AF8

Reunion AF8

Reunion AF8

Wednesday, February 16, 2011

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH’ GAMATKAN MALAM BERSAMA BINTANG FINAS

Berita: Rafiuddin Abdul Rahman
Foto: Rafiuddin Abdul Rahman, Zahara Jaferi & Nurul Nadia (Pelajar Praktikal SEGi Kolej)
14 Januari 2011 – Siri Program Merakyatkan Filem menerusi penganjuran Malam Bersama Bintang buat kali ke-13 kini tiba kembali pada tahun 2011. Permulaan untuk tahun ini dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat dan Unit Audit Dalam yang bertemakan ‘Pop Leleh’. Kira – kira lebih 900 pengunjung menghadiri program itu yang diadakan di Dataran Karyawan FINAS pada pukul 8 malam.
Persembahan dimulakan dengan nyanyian Band FINAS menerusi lagu ‘Cinta Sempurna’, ‘Kalau Berpacaran’ dan ‘I’m Yours’. Penyanyi terkenal, Dato’ David Arumugam (Allycats) menyampaikan beberapa buah lagu popular antaranya, ‘Sampaikan Salam Cintaku’, ‘Hingga Akhir Nanti’ dan lagu hit beliau ‘Andai Aku Pergi Dulu’ mendapat sorakan dan tepukan gemuruh dari pengunjung yang hadir.
Pengacara pada malam itu, Sharifah Shahirah mengumumkan persembahan seterusnya menjemput penyanyi Zamani Slam menyampaikan empat buah lagu antaranya ‘Nur Kasih’, ‘Kembali Terjalin’, ‘Syair Si Pari-Pari’ dan ‘Gerimis Mengundang’. Sebelum acara kemuncak iaitu tayangan filem seram komedi ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, sesi promosi filem ‘Khurafat’ diadakan kepada pengunjung. Antara artis yang hadir semasa sesi promosi ialah pelakon utama dan juga Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22, Liyana Jasmay dan Sabrina Ali selain sempat beramah mesra bersama pengunjung.
Acara lebih menarik semasa cabutan bertuah diumumkan apabila Shahirah mengumumkan hadiah bertuah berada di bawah tempat duduk pengunjung. Lebih meriah dan menggamatkan suasana dengan kehadiran pengunjung yang padat tayangan ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ dipertontonkan.
Buat pertama kalinya Kelab pemilik Grand Livina Malaysia dijemput untuk memeriahkan lagi acara dan lebih 100 ahli Kelab Pemilik Grand Livina hadir bersama ahli keluarga masing-masing. Ada antara ahlinya datang dari Kedah, Terengganu, Pahang dan sekitar Lembah Klang selain Kelab YOB4EVER dari Perak dan Kelab Toyota Avanza.
Hadir sama pada program Malam Bersama Bintang ialah Ketua Pengarah FINAS, Mohd Mahyidin Mustakim, Pengarah Filem ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, Mamat Khalid, Pihak Media, Harun Salim Bachik, Presiden SENIMAN, Ahmad Ibrahim (Mat London), Presiden FDAM, Datuk M. Daud Wahid (Presiden PAPITA), dan Yusof Kelana (PTVM).
Malam Bersama Bintang (MBB) kali ini turut ditaja oleh Bezzy Creative Sdn. Bhd, Pujangga Kreatif Sdn. Bhd. Ariecorp Sdn. Bhd. Dan I-Insan Multimedia Sdn. Bhd. MBB merupakan program bulanan FINAS yang diadakan pada setiap Jumaat minggu kedua.

Sidang Media Hari Terbuka FINAS 2011

Foto: Rafiuddin Abdul Rahman
8 Februari 2011 - "Citra membawa maksud "Wajah". Filem dilihat sebagai cermin atau jendela kehidupan masyarakat Malaysia. Filem adalah medium yang berpengaruh dalam membentuk sebuah negara bangsa. Ia selaras dengan Gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"; "Itulah tema kali ini, "Filem Citra 1Malaysia" Timbalan Ketua Pengarah FINAS (Operasi), Mohd Zulkifli Ab. Wahab pada sidang media Hari Terbuka FINAS 2011 yang telah berlangsung di Dewan Samad Idris. Edisi ketiga Hari Tebuka FINAS 2011 diadakan pada 12 dan 13 Februari ini pada jam 9 pagi - 11 malam (Sabtu) dan 9 pagi - 6 petang (Ahad).
Pada tahun lepas, Hari Terbuka FINAS (HTF) berjaya menarik kira-kira 6,000 pengunjung dan tahun sebelumnya diadakan buat kali pertama pada 31 Januari hingga 2 Februari 2009 sempena perasmian Studio Digital Mix Stage. Objektif penubuhan HTF ialah mendekatkan hubungan Perbadanan dengan para pelanggan khususnya pengamal atau penglibatan industri perfileman, memberi penjelasan dan kefahaman yang lebih jelas kepada masyarakat berkaitan peranan dan tanggungjawab FINAS dalam memajukan industri filem negara dan menyemai dan membentuk komuniti filem Malaysia untuk jangka masa panjang.
Antara pengisian sempena di HTF antaranya, Sesi Bergambar Bersama Artis, Sesi UjiBakat Lakonan, Pameranf & Demontrasi Peralatan Perfileman, Tayangan Filem Cereka, Dokumentari & Filem Pendek, Taklimat Dana Industri Kreatif, Lawatan Berpandu Kemudahan FINAS, Uji Bakat Pembaca Berita, Gerai Jualan, Sesi Interaktif & Pertandingan Karaoke Lagu-lagu Filem dan FINAS Bertemu Pelanggan.
Hadir sama pada sidang media ialah Timbalan Ketua Pengarah FINAS (Pembangunan), Hajah Fatimah Ahmad, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Mohd Khalid Maulod dan Penolong Pengarah Komunikasi Korporat, Mohd Fazli Mohd Aziz. Selain itu beberapa wakil rakan artis ialah Jehan Miskin, Radhi Khalid, Ellie Suriati dan Khatijah Tan. Tidak ketinggalan wakil dari media cetak dan media elektronik.

Sumber FINAS

Tajaan ditarik?Siapa?Mengapa?


Kami dengar cerita, sebuah band popular telah menyentapkan hati penaja mereka sehingga menyebabkan segala perancangan tajaan telah ditarik semula oleh syarikat tersebut.
Band popular ini telah dijadikan ikon untuk menarik minat orang muda supaya menggunakan perkhidmatan mereka. Jadi, bukan sedikit tajaan yang mereka terima kerana pihak syarikat sudah menyediakan bas untuk memudahkan band tersebut melakukan siri jelajah mereka di seluruh Malaysia.
Daripada apa yang kami dengar, penaja merajuk dengan band tersebut kerana mereka tidak menurut syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Band tersebut tidak memakai baju yang mempunyai logo syarikat tersebut ketika membuat persembahan bagi sebuah pertandingan lagu berprestij.
Tapi, kami rasa masalah ini amat kecil sebenarnya. Sepatutnya, pihak penaja kena’lah bagi muka sikit kepada band tersebut. Kalau betul nak gunakan band tersebut sebagai medium pengiklanan, sepatutnya beli airtime di televisyen. Pendapat kami, seharusnya pihak penaja & band tersebut duduk di meja semula dan bincangkan apa yang patut.
Setakat ini, kami tidak nampak sebarang aktiviti pemasaran, pengiklanan yang dijalankan oleh syarikat tersebut. So, nak tanya, confirm ditarik semula ke?
Sumber Ohbulan

Kalau Berpacaran


Sohaimi Mior Hassan


KEHADIRAN penyanyi evergreen,Sohaimi Mior Hassan di majlis perasmian Kempen Kami PrihatinProgram Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Mantin, Negeri Sembilan hari ini, ternyata akan memeriahkan suasana apabila Sohaimi menyampaikan lagu popularnyaKalau Berpacaran.
Kemunculan Sohaimi berduet dengan Heliza Helmi (penyanyi asalnya, Ana Raffali) mendendangkan lagu yang sarat dengan mesej dan pengajaran untuk golongan muda khususnya remaja itu bukan sekadar hiburankosong.
Sebaliknya, lagu tersebut terkandung mesej positif untuk difikir dan dinilai oleh para pelatih PLKN yang rata-ratanya terdiri daripada golongan remaja.
Selain Sohaimi, Kempen Kami Prihatin yang akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut diserikan dengan persembahan Aizat & The Band.
Menurut Sohaimi, beliau menghasilkan lagu dan lirik Kalau Berpacaran, khas untuk tiga orang anak perempuannya dan golongan remaja amnya.
"Lagu itu ada mesej yang ingin saya sampaikan kepada kumpulan sasar iaitu remaja di luar sana. Liriknya bukan sekadar satu pesanan dan nasihat tetapi juga mengingatkan remaja supaya sentiasa menjaga adab dan sopan," katanya ketika dihubungi Hits baru-baru ini.
Beliau berkata, sekiranya ada yang berpandangan lagu tersebut adalah sebuah lagu penyelamat remaja, beliau tidak menafikannnya bahkan merasa bangga kerana lagu itu dapatditerima pendengar.
"Ketika mencipta melodi dan lirik Kalau Berpacaran, ia bukan ditulis secara sembrono. Tetapi dengan niat mendidik golongan muda supaya sentiasa mendukung nilai dan adab sopan supaya tidak menconteng arang di muka keluarga," kata Sohaimi yang gembira dapat hadir di majlis perasmian Kempen Kami Prihatin di Kem PLKN Sri Perkasa, Mantin, Negeri Sembilan.
Kempen tersebut yang dianjurkan oleh pihak kementerian dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia, Astro dan Karyawan.
Sementara itu, Ketua Unit Komunikasi Korporat KPWKM, Alice Suriati Mazlan berkata, selain lagu tema Harapan Tanpa Suara, Kalau Berpacaran nyanyian Sohaimi dan Heliza dipilih sempena Kempen Kami Prihatin PLKN kerana ia amat dekat di jiwa remaja.
"Lagu itu secara tidak langsung dapat membentuk sikap positif dalam aspek kesihatan reproduktif dan sosial di kalangan remaja.
"Lagu tersebut sarat dengan pengajaran kerana ia dilihat dapat membentuk golongan remaja supaya berakhlak, bertanggung jawab dan mampu mengukuhkan jati diri.
"Menerusi Kempen Kami Prihatin kita mahu memberitahu golongan muda tentang masalah anak yang tidak sah taraf, di samping menerangkan kepada golongan remaja mengapa gejala sosial seperti ini boleh timbul," katanya.