id=khairul4189">

Monday, March 7, 2011

Sah...Aznil kembali ke AF


Aznil amat sinonim dengan Akademi Fantasia. Walaupun beberapa selebriti lain seperti AC Mizal, Sarimah Ibrahim & Jimmy Shanley pernah memegang posisi yang sama, namun impak yang ditinggalkan oleh Aznil tetap melekat dalam hati peminat AF.

Umum sudah tahu, Akademi Fantasia 9 (AF9) merupakan siri rancangan realiti yang terakhir, penutup tirai setelah 8 musim berkeudara di tv. Musim terakhir dikatakan lebih bermakna kerana segala memori bekas pelajar-pelajar akan dipaparkan semula. Bukan itu sahaja, individu serta pengkritik luar terutamanya blogger-blogger turut dirancang untuk muncul dalam AF9 kerana mereka juga penyumbang utama kepada kejayaan AF ini.

Kalau tak silap, di saat kemunculan awal AF, SultanMuzaffar yang kini merupakan editor Gua adalah pengkritik blogger yang kerap memberikan ulasan-ulasan bernas mengenai perkembangan pelajar AF.
Sebagai penutup tirai, Aznil sekali lagi diberikan kepercayaan oleh pihak Astro untuk mengendalikan Akademi Fantasia 9. Adakah kedatangan Aznil akan mengembalikan aura AF9 sehingga berjaya menarik jutaan penonton? Kita nantikan sahaja.

No comments:

Post a Comment